Aburizal Sedia Jadi Calon Naib Presiden Prabowo

Diterbitkan: Khamis, 1 Mei 2014 3:36 PM

Aburizal

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Ketua Umum Parti Golongan Karya (Golkar), Aburizal Bakrie menegaskan pakatan dengan Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra) untuk merebut jawatan presiden dan naib presiden pada Pemilihan Umum (Pemilu) Presiden, 9 Julai depan, bakal menjadi kenyataan.

Aburizal berkata walaupun Parti Golkar dan Gerindra sudahpun menamakan bakal calon presiden masing-masing, perkara itu masih boleh dipertimbangkan oleh kedua-dua parti berkenaan.

"Boleh jadi dia (Prabowo Subianto) menjadi nombor satu (calon presiden), saya nombor dua (calon naib presiden). Boleh juga sebaliknya," kata Aburizal kepada pemberita di sini, Rabu.

Aburizal dan Prabowo, yang juga Ketua Umum Gerindra, mengadakan pertemuan empat mata di kediaman pemimpin Golkar itu pada Selasa lepas untuk membincangkan kerjasama politik menjelang Pemilu presiden akan datang.

Pertemuan itu mendapat liputan meluas media massa berikutan kedua-dua parti berkenaan, masing-masing berada di kedudukan kedua dan ketiga dalam proses pengiraan awal Pemilu Parlimen, 9 April lepas.

Dalam pertemuan itu, kedua-dua pemimpin berkenaan membayangkan kemungkinan kedua-dua parti politik itu, bakal bergabung dalam merebut jawatan presiden dan naib presiden Indonesia pada pemilihan umum peringkat presiden kali ini.

Mengulas lanjut, Aburizal berkata setakat ini, belum ada keputusan serta bentuk format berhubung pakatan dengan Parti Gerindra itu.

Beliau bagaimanapun berkata komunikasi politik dengan Prabowo sudah terjalin dengan baik sejak sekian lama kerana masing-masing sudah lama mengenali antara satu sama lain.

"Saya merasa selesa berbincang dengan Ketua Umum Gerindra itu dibandingkan dengan tokoh politik parti lain," kata Aburizal.

Tags / Kata Kunci: Golkar , Indonesia

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan