MH370: Australia Tolak Dakwaan GeoResonance

Diterbitkan: Rabu, 30 April 2014 9:58 AM

GeoResonance mendakwa imej yang dikesan mungkin pesawat MH370.

(Ubah saiz teks)

SYDNEY: Pihak berkuasa Australia menolak dakwaan sebuah syarikat penerokaan marin bahawa imej yang ditemui di Teluk Benggala mungkin daripada pesawat MH370 yang hilang. 

GeoResonance yang berpangkalan di Adelaide dilaporkan media Malaysia dan Channel Seven Australia bahawa ia mengesan kemungkinan serpihan daripada pesawat berkenaan di lokasi 5,000 kilometer dari kawasan pencarian sekarang. 

Pada Selasa, pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata beliau akan mengesahkan maklumat itu dengan Pusat Penyelaras Agensi Bersama (JACC) Australia yang mengetuai operasi mencari itu. 

“Lokasi MH370 yang dicadangkan laporan GeoResonance itu (di Teluk Benggala) bukan dalam zon mencari dan menyelamat Australia.

“Operasi mencari yang diketuai Australia bergantung kepada maklumat daripada satelit bagi menentukan lokasi pesawat yang hilang itu," kata seorang jurucakap kerajaan Australia kepada AFP.

Beliau berkata, lokasi yang dinyatakan laporan GeoResonance itu bukan dalam lengkung pencarian yang dirumuskan daripada data berkenaan

“Pasukan mencari antarabangsa berpuas hati bahawa lokasi pesawat itu berakhir ialah di bahagian selatan lengkung pencarian itu," katanya.

Tags / Kata Kunci: MH370 , JACC , GeoResonance , Teluk Benggala

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan