PM Singapura Umum Rombakan Kabinet, Pelantikan Politik

Diterbitkan: Selasa, 29 April 2014 11:49 PM

Lee Hsien Loong

Lee Hsien Loong. Foto EPA

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong mengumumkan rombakan kabinet dan pelantikan politik lain bertujuan memantapkan barisan kabinet bagi menangani cabaran dan memastikan Singapura melepasi fasa pembangunan selanjutnya.

Ini merupakan rombakan kali ketiga selepas pilihan raya umum 2011. 

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri, Lee berkata, Singapura sedang melalui peralihan yang penting.

Beliau berkata, perubahan dasar teras itu memerlukan kepimpinan politik yang mantap, pelaksanaan yang berkesan dan sokongan padu daripada rakyat Singapura.

Di bawah rombakan itu, Pemangku Menteri Menteri Tenaga Manusia Tan Chuan-Jin dan Pemangku Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Lawrence Wong dilantik sebagai menteri penuh mulai 1 Mei.

Wong juga akan dilantik sebagai Menteri Komunikasi dan Penerangan Kedua. 

Pada masa ini, beliau ialah Menteri Kanan Negara di Kementerian Komunikasi dan Penerangan.

Tan pula akan dilantik sebagai menteri penuh di Kementerian Tenaga Manusia.

Sementara itu, Setiausaha Kanan Parlimen di Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY), Sam Tan Chin Siong akan dilantik sebagai Menteri Negara di Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan MCCY.  

Beliau akan melepaskan portfolio sekarang di Kementerian Hal Ehwal Luar.

Beliau juga akan melepaskan jawatan sebagai Datuk Bandar Central Singapore CDC pada 27 Mei 2014 apabila tempoh penggal sebagai datuk bandar berakhir.

Dr Lam Pin Min pula dilantik sebagai Menteri Negara di Kementerian Kesihatan berkuat kuasa 1 Ogos 2014.

Denise Phua akan menggantikan Sam Tan sebagai Datuk Bandar Central Singapore CDC berkuat kuasa 27 Mei 2014.   

Dr Amy Khor akan melepaskan jawatannya sebagai Datuk Bandar South West CDC pada 27 Mei 2014, apabila tempoh penggalnya berakhir. 

Beliau akan terus memegang jawatan Menteri Kanan Kesihatan di Kementerian Kesihatan dan Tenaga Manusia.

Low Yen Ling akan menggantikan Dr Amy Khor sebagai Datuk Bandar South West CDC berkuat kuasa 27 Mei.

Low juga dilantik sebagai Setiausaha Parlimen di Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia selain serentak dengan pelantikannya di Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga.

Lee berkata, perubahan ini adalah sebahagian daripada usaha kepimpinan kerajaan dan menjangka akan membuat rombakan selanjutnya dari semasa ke semasa

bagi melahirkan kepimpinan terbaik untuk Singapura.
Tags / Kata Kunci: Lee Hsien Loong , rombakan kabinet

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan