29 Disahkan Mangsa Korban Puting Beliung Di Selatan & Timur AS

Diterbitkan: Selasa, 29 April 2014 7:47 PM

Ranap sama sekali...deretan rumah di pekan Tupelo, Mississippi, Amerika Syarikat hancur dilanda puting beliung pada Isnin.

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Sekurang-kurangnya, 29 orang telah disahkan terkorban selepas puting beliung dan ribut taufan melanda selatan dan timur Amerika Syarikat (AS) tanpa henti sejak Ahad lalu.

Jabatan Perkhidmatan Kajicuaca Kebangsaan menganggarkan lebih 75 juta nyawa berada di dalam bahaya dilanda dengan lebih banyak hujan batu, puting beliung dan ribut kencang.

Sekurang-kurangnya enam buah negeri kini dikenalpasti dilanda bencana.

Ahad lalu, 17 orang dilaporkan terkorban - kebanyakannya dari Arkansas, manakala kematian terbaru termasuklah lapan di Mississippi.

Gabenor Alabama dan Georgia telah pun mengisytiharkan  perintah Darurat di negeri masing-masing.

Senator dari Mississippi, Giles Ward dan isterinya serta empat lagi ahli keluarga terpaksa berlindung di bilik mandi mereka apabila puting beliung memusnahkan sebahagian besar rumah dua tingkatnya dan menterbalikkan kenderaan SUV menantunya.

"Untuk tempoh 30 saat, ia sangat-sangat menakutkan," kata Ward.

Bandar kecil Vilonia, Arkansas dengan populasi 4,000 orang, menjadi rata sepenuhnya akibat dilanda puting beliung yang kuat.

Hampir kesemua rumah ranap sama sekali. Kali terakhir bandar kecil ini dilanda tornado ialah tiga tahun yang lalu.

Jabatan Pengurusan Kecemasan Negeri Arkansas mencatatkan 14 kematian di negeri itu sejak Ahad.

Sebuah lagi pekan kecil Mayflower, dengan populasi 2,300 orang yang terletak di Barat Daya ibu negeri Arkansas iaitu Little Rock turut musnah dilanda tornado.

Dalam reaksi segera, Presiden Barack Obama yang kini dalam rangka lawatan ke Asia Tenggara (kini di Filipina) telah menelefon Gabenor Arkansas, Mike Beebe untuk memaklumkan yang kerajan persekutuan akan menghantar bantuan segera ke negeri itu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan