Suspek 'Rampas' Pesawat Dakwa Tersilap Hempas Pintu Kokpit - Polis Bali

Diterbitkan: Sabtu, 26 April 2014 11:24 PM

Anggota tentera udara Indonesia mengawal pesawat Virgin Australia di Bali, Indonesia. Kawalan keselamatan itu berikutan seorang penumpang warganegara Australia yang didakwa mencetuskan amaran berlaku rampasan ke atas pesawat ke Denpasar, Bali pada Jumaat. Foto AP

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Seorang penumpang warganegara Australia yang mencetuskan amaran berlaku rampasan ke atas pesawat ke Denpasar, Bali pada Jumaat, menafikan mabuk sebaliknya mendakwa tersilap menghempas pintu kokpit yang disangka pintu tandas. 

Jurucakap polis Bali, Hery Wiyanto berkata berdasarkan keterangan suspek, Matt Christopher Lockley, 28, beliau mendakwa berada dalam keadaan tertekan semasa dalam pesawat Virgin Australia itu ke pulau peranginan berkenaan.
 
"Suspek datang ke Bali mencari isterinya yang berasal dari Bandung (Indonesia). Beliau sudah dua minggu terputus hubungan dengan isterinya dan keadaan itu menyebabkan beliau tertekan," kata Hery seperti dipetik agensi berita Antara, Sabtu.

Hery berkata lelaki terbabit memberitahu polis bahawa beliau mengambil dua biji pil Voltaren dan empat biji Panadol yang kedua-duanya ubat penahan sakit, serta dua botol minuman bersoda sebelum berlepas ke Denpasar.
 
"Beliau (suspek) menafikan dia mabuk tetapi mengalami tekanan kerana masalah keluarga," kata Hery, sambil menambah bahawa polis masih menunggu keputusan ujian alkohol terhadap lelaki berkenaan.

Dalam pada itu, Hery berkata suspek telah dipindahkan ke Hospital Trijata di Denpasar berikutan keadaan kesihatannya yang tidak stabil.
 
"Suspek seperti mengalami halusinasi...kata beliau ada orang mengekorinya. Bahkan dia merasa ada orang mahu mengambil begnya," kata Hery.

Dalam insiden itu semalam, laporan awal mengenai pesawat Boeing 737-800 itu dirampas disahkan oleh seorang pegawai kanan Tentera Udara Indonesia, Marsma Hadi TJ seperti dilaporkan oleh stesen televisyen tempatan, Metro TV.

Bagaimanapun, pengurus syarikat penerbangan Virgin Australia di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai di Denpasar, Heru Sudjatmiko berkata penumpang lelaki yang ditangkap itu berada dalam keadaan mabuk ketika cuba memasuki kokpit dan tidak berniat merampas pesawat.

Ketika kejadian, pesawat itu membawa 137 penumpang dan tujuh anak kapal.

Berikutan kejadian itu, Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai terpaksa ditutup selama dua jam dan beberapa penerbangan terpaksa dilencongkan. 

 
Tags / Kata Kunci: Virgin Australia , rampas

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan