Pengumuman Keputusan Pemilu Mungkin Ditunda - KPU

Diterbitkan: Sabtu, 26 April 2014 5:44 PM

Hadar Nafis Gumay.

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Komisi Pemilihan Umum (KPU) memaklumkan pihaknya mungkin tidak dapat memenuhi tarikh akhir yang ditetapkannya iaitu 9 Mei untuk mengumumkan keputusan rasmi pemilihan umum (Pemilu) parlimen Indonesia.

Pesuruhjaya KPU Hadar Nafis Gumay berkata kelewatan mungkin berlaku kerana suruhanjaya itu masih melakukan pengiraan semula undi di semua pusat mengundi di Nias Selatan, Sumatera Utara. 

Katanya, urusan mengira semula undi mungkin menjejaskan proses penyediaan rumusan yang dijadual dilakukan mulai hari ini hingga 6 Mei.

"Memang sukar. Saya bimbang ia juga mungkin menjejaskan jadual menyediakan rumusan kerana ada banyak perkara yang perlu kami sediakan," katanya kepada pemberita di ibu pejabat KPU di sini pada Jumaat.

Hadar berkata penyediaan logistik sukar dibuat memandangkan pemilihan umum baru sahaja diadakan dua minggu lepas (9 April) dan kini KPU sibuk dengan proses membuat rumusan nasional.
 
"Kami meramalkan keperluan logistik sangat besar serta perlu melalui tender dan ini memerlukan banyak masa," katanya.

Hadar berkata Agensi Pemantauan Pemilihan Umum mengesyorkan agar kiraan semula undi dilakukan di 1,085 pusat mengundi, melibatkan 249,137 pemilih.
Tags / Kata Kunci: Pemilu , Indonesia

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan