Feri Karam: Angka Korban Meningkat Kepada 187 Orang

Diterbitkan: Sabtu, 26 April 2014 7:11 PM

mayat feri karam
(Ubah saiz teks)

JINDO: Angka korban tragedi feri karam di Korea Selatan meningkat kepada 187 orang pagi ini selepas dua mayat ditemui lewat malam tadi, lapor agensi berita Xinhua. 

Bagaimanapun, jumlah mangsa yang terselamat kekal tidak berubah pada 174 orang, sejak hari pertama feri Sewol berkenaan tenggelam. 

Jurucakap operasi mencari dan menyelamat berkata, setakat ini 115 orang masih hilang. Usaha mencari sedikit perlahan sejak Khamis lalu apabila arus kuat melanda perairan berhampiran Pulau Jindo, di mana feri Sewol yang membawa 476 orang terdiri daripada pelajar sekolah tinggi, condong dan karam pada 16 April lalu. 

Jumaat, pasukan penyelam berjaya membawa naik 11 mayat dari dalam badan feri berkenaan manakala sebanyak 15 mayat ditemui pada Khamis. 

Keadaan cuaca dijangka semakin teruk berikutan hujan dan angin kencang dilaporkan berlarutan sehingga lewat malam Sabtu.

Tags / Kata Kunci: feri karam , Korea Selatan

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan