Penumpang Cetus Amaran Rampasan Salah Anggap Kokpit Sebagai Tandas

Diterbitkan: Sabtu, 26 April 2014 3:26 PM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Insiden pesawat Virgin Blue yang dikatakan dirampas dan terpaksa mendarat di Bali, Jumaat berpunca daripada seorang rakyat Australia yang terjaga dari tidur dan mahu ke tandas,  tetapi tersalah membuka pintu kokpit.

Menerusi keterangannya sebaik ditahan polis di Bali, Matt Lockley  mengakui tersalah membuka pintu kokpit sedangkan beliau bergegas bangun untuk ke tandas kerana pesawat Boeing 737-800 itu akan mendarat.

Tindakan Lockley yang cuba membuka pintu kokpit mengejutkan juruterbang, Neil Thomas Cooper yang dengan pantas menghubungi pusat kawalan trafik udara Indonesia memaklumkan kemungkinan pesawat itu akan dirampas. Pada masa sama, kru penerbangan dari Brisbane ke Denpasar itu menahan Lockley.

"Ketika kejadian, pesawat itu akan mendarat dan Lockley sedang tidur. Bagaimanapun, kru mengejutkannya dan beliau terus bangun untuk ke tandas. Pada masa itulah beliau tersalah membuka pintu apabila menganggap pintu kokpit itu adalah pintu tandas," kata jurucakap polis Bali, Heri Wiyanto.

Virgin Australia berkata, semua 137 penumpang dan tujuh kru dalam penerbangan itu berada dalam keadaan selamat.

"Kami boleh sahkan bahawa adanya seorang penumpang yang membuat kacau dalam pesawat dan juruterbang memaklumkannya kepada pihak berkuasa lebih awal dan ia adalah prosedur biasa untuk keselamatan semua," katanya jurucakap Virgin, Jacqui Abbott.

Bagaimanapun, selepas menjalani ujian darah Lockley, didapati penumpang itu mengambil beberapa ubat tahan sakit seperti empat biji Panadol, dua Voltaren dan polis membuat kesimpulan Lockley mabuk.

Insiden itu disiarkan menerusi televisyen tempatan dengan pasukan tentera mengepung pesawat, selain petugas media untuk mendapatkan gambaran sebenar  lelaki yang dalam penerbangan untuk melawat isterinya yang juga seorang warga Indonesia itu.

Setakat ini, Lockley tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung insiden itu dan masih dalam tahanan polis.
Tags / Kata Kunci: Cubaan Rampas , Virgin Australia

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan