Tembakan Rambang, Tiga Terbunuh

Diterbitkan: Jumaat, 25 April 2014 3:58 PM

Pihak berkuasa mengawal di hadapan Hospital Antarabangsa CURE selepas seorang anggota polis melepaskan tembakan secara rambang di Kabul pada Jumaat.

(Ubah saiz teks)

KABUL: Seorang anggota polis Afghanistan melepaskan tembakan rambang di sebuah hospital yang dikendalikan oleh pertubuhan amal Amerika Syarikat (AS) sehingga menyebabkan tiga warga AS termasuk seorang doktor terbunuh pada Khamis.

Dalam kejadian di Hospital Antarabangsa CURE, penyerang itu turut menembak dirinya tetapi berjaya diselamatkan oleh pihak berkuasa yang menahannya.

"Lelaki itu telah menembak secara rambang ke arah warga asing di hospital tersebut dan berikutan itu tiga orang terbunuh," katanya Kementerian Dalam Negeri.

Menteri Kesihatan, Soraya Dalil, berkata, mangsa terdiri daripada doktor warga AS yang telah berkhidmat di negara itu sejak tujuh tahun lalu manakala dua lagi merupakan anak-beranak.

Tambahnya, suspek merupakan anggota polis yang mengawal hospital tersebut dan ketika kejadian dia sedang bertugas.




Tags / Kata Kunci: Kabul , Amerika Syarikat

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan