Banjir Kilat Di Utara Afghanistan, Lebih 80 Maut

Diterbitkan: Jumaat, 25 April 2014 9:36 PM

Gambar fail seorang budak perempuan warga Afghanistan di hadapan sebuah rumah yang rosak akibat banjir di wilayah Sar-e Pul. Foto authintmail.com

(Ubah saiz teks)

MAZAR-I-SHARIF (Afghanistan): Banjir kilat yang melanda utara Afghanistan berikutan hujan lebat tanpa henti selama dua hari, mengorbankan lebih 80 orang, kata pegawai pada Jumaat.

Dilaporkan ramai yang turut hilang dalam kejadian itu.

Beberapa helikopter melakukan pencarian bagi penduduk kampung yang terkandas.

Pegawai tempatan memberitahu AFP bahawa seramai 43 orang maut di wilayah Jowzjan, 33 di wilayah Faryab dan enam di wilayah Sar-e-Pul. - AFP

Tags / Kata Kunci: banjir kilat , afghanistan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan