India: Penumpang Kini Boleh Guna Peranti Mudah Alih Dalam Pesawat - Berita Dunia | mStar

India: Penumpang Kini Boleh Guna Peranti Mudah Alih Dalam Pesawat

Diterbitkan: Khamis, 24 April 2014 3:00 PM

Penumpang kini boleh mengggunakan peralatan elektronik mudah alih dalam pesawat di India.

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Direktorat Penerbangan Awam (DGCA) memutuskan untuk membenarkan penggunaan peralatan elektronik mudah alih (PED) termasuk telefon bimbit pada mod dalam penerbangan pada setiap fasa penerbangan.

"Penggunaan PED hendaklah dalam mod tidak boleh membuat panggilan lazimnya dikenali sebagai mod dalam penerbangan," menurut Kementerian Penerbangan Awam dalam satu kenyataan. 

Selain mengarahkan semua pengusaha untuk melaporkan sebarang gangguan PED yang disyaki atau disahkan atau asap atau kebakaran disebabkan oleh PED kepada DGCA, ia turut menetapkan garis panduan bagi latihan anak-anak kapal.

Pengusaha berjadual, semasa mesyuarat mereka pada 17 April dengan Ketua Pengarah Penerbangan Awam, membangkitkan permintaan supaya membenarkan penggunaan PED pada setiap fasa penerbangan pada mod dalam penerbangan.
 
DGCA meneliti permintaan mereka berikutan peraturan baharu dan terkini Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) dan Agensi Keselamatan Penerbangan Eropah (EASA). 

Di bawah peraturan FAA dan EASA, penggunaan PED dibenarkan pada mod dalam penerbangan pada setiap fasa penerbangan, katanya. 

Tags / Kata Kunci: India , DGCA , PED , pesawat

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan