8 Maut, 20 Cedera Selepas Bom Kereta Diletupkan

Diterbitkan: Khamis, 24 April 2014 7:42 PM

(Ubah saiz teks)

HILLA, Iraq: Lapan orang terbunuh selepas bom kereta diletupkan berdekatan pusat pemeriksaan polis di sini menjelang pilihan raya yang akan diadakan pada minggu depan.

Dalam letupan di lokasi yang terletak sejauh lima kilometer ke utara Bandar Hilla itu turut mencederakan 20 orang lagi.

Sejak Januari lalu, seramai 2,750 orang terbunuh akibat keganasan antara kumpulan Syiah dan Sunnah.

Keganasan itu juga dikatakan berlaku akibat pilihan raya parlimen dan wilayah akan berlangusung.

Kerajaan tentera Iraq yang dipimpin oleh puak Syiah dilaporkan telah melakukan penindasan terhadap pengikut Sunnah.


Tags / Kata Kunci: Iraq , Syiah , Hilla

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan