Pemilu: Jokowi Perlu Diberi Hak Pilih Bakal Calon Naib Presiden

Diterbitkan: Khamis, 24 April 2014 6:40 PM

Jokowi

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Pemimpin politik veteran Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P), AP Batubara berpendapat pemilihan calon naib presiden PDI-P perlu bergantung kepada pilihan calon presiden parti itu, Joko Widodo atau Jokowi bagi menghadapi Pemilihan Umum (Pemilu) Presiden, 9 Julai ini.

"Jokowi mempunyai hak sepenuhnya menentukan nama bakal calon naib presiden kerana calon naib presiden PDI-P harus boleh bekerjasama dan memiliki ideologi yang sama dengan Jokowi," kata AP Batubara kepada pemberita di sini.

Namun, Anggota Dewan Pertimbangan Pusat PDI-P itu meminta Jokowi agar berunding terlebih dahulu dengan Ketua Umum parti berkenaan, Megawati Soekarnoputri sebelum menetapkan pilihan nama bakal calon naib presidennya itu.

AP Batubara turut menyarankan kepada Jokowi agar umur bakal calon naib presiden itu tidak jauh berbeza dengan beliau yang kini berusia 53 tahun, kerana jika terpilih sebagai Presiden Indonesia, kedua-dua mereka boleh bekerjasama secara maksimum.

Selain itu, bakal calon naib presiden PDI-P itu juga perlu memahami Undang-Undang Dasar Indonesia 1945 dan ideologi Pancasila, serta bertekad mewujudkan kesejahteraan rakyat negara itu melalui program ekonomi kerakyatan, katanya.

Pada masa sama, AP Batubara berkata Jokowi tidak memerlukan dana yang besar untuk menghadapi pemilihan umum tersebut kerana populariti dan penampilan beliau kini sudah dikenali sebahagian besar masyarakat Indonesia.

"Tanpa harus banyak mengeluarkan dana, saya optimis Jokowi boleh memenangi pemilihan umum tersebut," katanya.

Dalam pada itu, Ap Batubara berkata Jokowi perlu menggunakan khidmat perunding politik yang baharu bagi menghadapi Pemilu Presiden kerana cabarannya berbeza berbanding semasa Pemilu Parlimen, 9 April lepas.
Tags / Kata Kunci: Jokowi , Pemilu 2014

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan