Tukang Masak Khas Iringi Skuad Badminton Indonesia Ke Delhi

Diterbitkan: Khamis, 24 April 2014 12:54 PM

Gita Wirjawan.

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Bagi memastikan pemain bebas daripada sebarang masalah termasuk dalam aspek makanan ketika saingan Piala Thomas dan Piala Uber, skuad badminton Indonesia akan turut disertai tukang masak khas sepanjang berada di New Delhi, India bulan depan.

Pengerusi Persatuan Bulu Tangkis Seluruh Indonesia (PBSI) Gita Wirjawan berharap dengan disediakan makanan khas Indonesia, kesemua pemain tidak akan berdepan masalah dalam soal makanan yang mungkin boleh menjejaskan prestasi mereka.

"Kami akan berkoordinasi dengan Kedutaan Besar Republik Indonesia di India berhubung perkara itu," katanya kepada pemberita selepas meninjau latihan pusat skuad Piala Thomas dan Piala Uber Indonesia di Kudus, pada Rabu.

Beliau berkata langkah PBSI menyediakan tukang masak khas itu kerana terdapat perbezaan rasa antara makanan di India dengan makanan yang biasa dimakan oleh pemain di tanah air.

"Kami perlu berhati-hati. Jangan sampai ada pemain yang mengalami cirit-birit gara-gara mengambil makanan yang tidak biasa dimakan," katanya.

Misalnya jika mengambil makanan kari, beliau berkata bagi pemain yang tidak tahan dengan cita rasa makanan tersebut boleh mempengaruhi keadaan dan prestasi mereka, terutama sebelum turun ke gelanggang.

Selain meminta pemain berhati-hati dalam soal makanan, Gita Wirjawan juga mengingatkan mereka agar mempersiapkan diri dengan keadaan cuaca panas di New Delhi yang dijangka berlaku, mulai bulan depan.

"Saya pernah tinggal di India sehingga mengerti soal cuaca dan jenis makanan yang ada di sana," katanya.

Piala Thomas dan Piala Uber akan berlangsung di New Delhi dari 18 hingga 25 Mei depan. 

Skuad Piala Thomas Indonesia diletakkan sebagai pilihan pertama diikuti China, Malaysia, Jepun dan Denmark pada kejohanan badminton berprestij itu.

Sejak Piala Thomas diperkenal pada 1949, rekod pencapaian Indonesia adalah yang terbaik dengan meraih 13 gelaran, diikuti China yang menjuarainya sebanyak sembilan kali.

Kali terakhir Indonesia menjuarai Piala Thomas ialah pada 2002 di Guangzhou, China. 

Selepas itu, China menguasai Piala Thomas dengan muncul juara lima kali berturut-turut pada 2004, 2006, 2008, 2010, dan 2012.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan