Thailand Mungkin Dapat Kerajaan Baharu Pada Suku Ketiga, Ekonomi Tumbuh Perlahan

Diterbitkan: Rabu, 23 April 2014 9:36 PM

Yingluck Shinawatra memiliki kuasa yang terbatas untuk membuat keputusan.

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Thailand memerlukan sebuah kerajaan baharu dengan kuasa penuh untuk memacu ekonomi negara itu ke arah pertumbuhan, yang hanya mungkin dicapai pada suku ketiga tahun ini, kata seorang peniaga terkemuka.

Isara Vongkusolkit, pengerusi Lembaga Perdagangan Thailand dan Dewan Perniagaan Thai (TCC) berkata sektor swasta masih tidak tahu tarikh pilihan raya akan datang sedangkan negara itu menghadapi kemungkinan pertumbuhan perlahan berikutan 'kekosongan' kuasa, manakala kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Yingluck Shinawatra, hanya memiliki kuasa yang terbatas untuk membuat keputusan.

Isara berkata tanpa kerajaan baharu, ekonomi Thailand pada suku pertama diunjur berkembang hanya 2.5 peratus, paling perlahan sejak tiga tahun.

Beliau berkata Thailand perlu mempunyai sebuah kerajaan baharu untuk mentadbir negara dan meluluskan projek.

Dewan itu menarik perhatian bahawa ekonomi Thailand dijangka merosot sebanyak satu peratus pada suku pertama tahun ini dan berkembang kurang satu peratus pada suku kedua akibat persengketaan politik dan ketiadaan kerajaan dengan kuasa membuat keputusan.

Jualan runcit dan perniagaan borong merosot sebanyak 30 peratus akibat kuasa membeli yang lemah seiring jualan hartanah dan sektor pelancongan yang juga menghadapi pertumbuhan perlahan.

Dalam usaha menggalakkan pertumbuhan dalam keadaan semasa, ada kalangan mencadangkan perdagangan rentas sempadan digalakkan.

Dewan itu mengunjurkan perdagangan rentas sempadan antara Thailand dengan empat jirannya - Malaysia, Myanmar, Kemboja dan Laos - tumbuh sebanyak 7-10 peratus tahun ini, lebih tinggi daripada unjuran purata eksport sebanyak lima peratus.

Tahun lalu, perdagangan sempadan mencapai 924.24 bilion baht.

Dewan itu juga mencadangkan kerajaan membenarkan sektor swasta melabur dalam pembangunan pusat pemeriksaan sempadan untuk menggalakkan perniagaan sempadan.

Beliau mahu sektor swasta memain peranan dalam membangunkan pusat pemeriksaan itu kerana ini lebih cepat berbanding pihak kerajaan. Projek ini memerlukan kira-kira 10 bilion baht untuk meluaskan jalan raya daripada satu kepada dua laluan.

Isara mengakui bahawa tanpa sebuah kerajaan, Thailand tidak mungkin dapat membangunkan pusat pemeriksaan secukupnya menjelang pelaksanaan Komuniti Ekonomi Asean pada penghujung 2015 ini.

Niyom Wairatpanij, pengerusi Jawatankuasa Kerjasama Ekonomi dengan Negara Jiran di bawah Lembaga Perdagangan, berkata di bawah rancangan pembangunan pusat pemeriksaan itu, kerajaan masih perlukan kuasa untuk menguruskan dagangan rentas sempadan.

Pelabur swasta pula akan mengambil yuran dagangan sempadan, kata Niyom.

Beliau mengenal pasti 10 pusat pemeriksaan sempadan sementara di wilayah yang perlu dinaik taraf kepada pusat pemeriksaan kekal.

Thailand setakat ini membenarkan hanya 34 pusat pemeriksaan kekal di negara itu.
Tags / Kata Kunci: Thailand , Isara Vongkusolkit

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan