Belum Ada Kesepakatan Dalam Tentukan Tarikh Baharu Pilihan Raya Umum Thailand

Diterbitkan: Rabu, 23 April 2014 8:44 AM

Wakil daripada beberapa parti politik memegang pelekat sebagai menyokong pilihan raya umum diadakan secepat mungkin.

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Keseluruhannya, parti politik Thailand bersetuju untuk mengadakan pilihan raya umum selepas pilihan raya yang diadakan pada 2 Februari lepas diisytiharkan tidak sah oleh Mahkamah Perlembagaan. 

Bagaimanapun, mereka masih berbelah bahagi tentang bilakah ia sepatutnya diadakan.

Suruhanraya Pilihan Raya (SPR) mencadangkan tiga tarikh, iaitu 20 Julai, 17 Ogos atau 14 Sept, namun tidak mendapat sokongan padu daripada 58 parti yang menghadiri mesyuarat tiga jam tengah hari ini untuk mencari penyelesaian.

Parti pemerintah parti Pheu Thai  yang merupakan pilihan untuk memenangi pilihan raya itu sekiranya diadakan, mahu tarikh lebih awal, manakala parti politik kecil berharap ia diadakan seberapa segera.

Parti Demokrat, parti pembangkang utama yang memulau pilihan raya umum Februari lepas, tidak menghantar wakil selepas ketuanya, bekas perdana menteri Abhisit Vejjajiva enggan hadir disebabkan soal keselamatan.

Sekurang-kurangnya dua wakil daripada parti politik keluar ketika mesyuarat sedang berlangsung disebabkan tidak berpuas hati dengan giliran untuk bercakap.

Beratus-ratus penunjuk perasaan, diketuai sami Buddha Issara daripada Jawatankuasa Pembaharuan Demokrasi Rakyat, tampil sebelum mesyuarat bermula dan mengadakan tunjuk perasaan aman dengan menggesa supaya pembaharuan mengambil tempat sebelum pilihan raya itu diadakan.

Beliau kemudian menyerahkan kain rentang menggesa agar diadakan pembaharuan sebelum pilihan raya kepada pegawai SPR, dan kain rentang itu kemudiannya digantung di dalam bilik mesyuarat ketika perbincangan sedang berlangsung.

Dalam mesyuarat berkenaan, wakil Pheu Thai, Pokin Palakul berkata konflik yang melanda negara itu boleh diselesaikan dengan 'mendengar' suara rakyat menerusi undi.

Seorang anggota SPR, Somchai Srisitthiyakorn berkata suruhanjaya itu boleh menetapkan tarikh pilihan raya tetapi kumpulan politik yang berbalah itu perlu berunding terlebih dahulu.

Seorang wakil daripada parti yang kecil, Thai Rak Tham Party, mencadangkan supaya SPR mengadakan pendaftaran pilihan raya di kawasan pangkalan tentera atas faktor keselamatan memandangkan pendaftaran sebelum ini diganggu penunjuk perasaan antikerajaan.

Akibatnya, pendaftaran tidak dilakukan di beberapa lokasi, sehinggakan pilihan raya itu diisytiharkan tidak sah oleh Mahkamah Perlembagaan.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan