Fenomena Jokowi Tidak Setanding Susilo Pada Pemilu 2004

Diterbitkan: Rabu, 23 April 2014 10:12 PM

Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi.

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Mengikut tinjauan pelbagai badan kaji selidik, calon presiden dari Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) Joko Widodo atau Jokowi sering berada di kedudukan teratas untuk dipilih sebagai Presiden Indonesia pada Pemilihan Umum (Pemilu) Presiden, 9 Julai depan.

Namun, Ketua Umum Angkatan Muda Parti Golkar, Yorrys Raweyai berpendapat fenomena 'kesan Jokowi' itu tidak sehebat ketika Ketua Umum Parti Demokrat, Susilo Bambang Yudhoyono dicalonkan merebut jawatan presiden negara itu pada Pemilu 2004.

"Siapa yang menyangka Susilo yang cuma mendapat 6.7 peratus (daripada hasil tinjauan), tetapi menjadi presiden. Fenomena Jokowi (hebat) tetapi (pencapaian Jokowi kini) tidak sehebat Susilo pada 2004," kata Yorrys seperti dipetik portal berita, Tribunnews.com, di sini, Rabu.

Beliau berkata setelah Pemilu Presiden 2004, pencapaian Susilo melonjak apabila memperoleh 67 peratus undi, namun tinjauan pada masa ini selepas Pemilu Parlimen 9 April lepas, mendapati mereka yang akan mengundi Jokowi sebagai presiden Indonesia, kekal sebanyak 37 peratus.

Yorrys juga berpendapat, selain dua calon presiden iaitu Jokowi mahupun Prabowo Subianto dari Parti Gerindra, ada beberapa lagi calon bakal tampil merebut jawatan tertinggi kerajaan Indonesia itu pada Pemilu Presiden akan datang.

"Perkara ini (pencalonan presiden) harus dilihat setelah Suruhanjaya Pemilihan Umum mengumumkan secara rasmi perolehan undi Pemilu Parlimen, 9 Mei ini," katanya. 

Dalam pada itu, beliau mengakui dirinya pesimis Ketua Umum Parti Golkar, Aburizal Bakrie akan merebut jawatan presiden pada Pemilu Presiden itu, kelak.

Berdasarkan undian awal Lembaga Lingkaran Survei Indonesia (LSI) baru-baru ini, meletakkan PDI-P di kedudukan teratas selepas memperoleh 19.77 peratus undi diikuti Parti Golkar (14.61), Gerindra (11.80) manakala parti pemerintah, Demokrat di tempat keempat dengan 9.73 peratus.
Tags / Kata Kunci: Jokowi , Susilo , Pemilu 2004

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan