81 Maut Wabak MERS-CoV Di Arab Saudi - Berita Dunia | mStar

81 Maut Wabak MERS-CoV Di Arab Saudi

Diterbitkan: Selasa, 22 April 2014 4:35 PM

Dr Abdullah dipecat kerana peningkatan kes MERS-CoV di negara itu.

(Ubah saiz teks)

RIYADH: Jumlah kematian akibat jangkitan Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS-CoV) meningkat kepada 81 orang di Arab Saudi.

Terbaharu, Kementerian Kesihatan berkata jangkitan tersebut turut meragut dua nyawa pada lewat petang Isnin.

Kementerian itu berkata, 261 kes MERS-CoV dicatatkan di Arab Saudi sejak virus itu dikesan pada 2012.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), sebanyak 243 makmal mengesahkan kes jangkitan wabak tersebut di seluruh negara yang membabitkan 93 kematian pada 17 April lalu.

Arab Saudi pada Isnin memecat Menteri Kesihatan Dr Abdullah Al-Rabiah tanpa memberikan sebarang penjelasan.

Pada minggu lalu, Abdullah melawat hospital di Jeddah untuk menenangkan orang awam yang dikejutkan dengan penularan wabak tersebut dikalangan jururawat sehingga memaksa penutupan unit kecemasan hospital tersebut.

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan