Lapan Penerjun Maut, Pesawat Terhempas Di Finland - Berita Dunia | mStar

Lapan Penerjun Maut, Pesawat Terhempas Di Finland

Diterbitkan: Isnin, 21 April 2014 10:43 AM

Sebuah helikopter sedang mengesan pesawat Comp Air 8 yang terhempas di bandar Jamijarvi, barat Finland. Foto AP

(Ubah saiz teks)

HELSINKI: Lapan maut apabila sebuah pesawat kecil yang membawa sekumpulan penerjun udara untuk pertunjukan udara pada sambutan Hari Easter terhempas di Finland, Ahad.

Pesawat jenis Comp Air 8 terhempas di bandar Jamijarvi, barat Finland.

Seramai 11 orang dilaporkan berada dalam pesawat itu ketika kejadian.

Tiga daripada mereka termasuk juruterbang berjaya melompat keluar untuk menyelamatkan diri sebelum pesawat itu terhempas.

Mangsa yang terselamat dikejarkan ke hospital dan berada dalam keadaan stabil.

Kesemua penerjun udara itu merupakan penduduk di kawasan tersebut, kata polis.

Saksi berkata, pesawat tersebut dipercayai mengalami masalah enjin dan terjunam dalam sekelip mata.

Lapangan terbang Jamijarvi merupakan lokasi popular untuk penerjun udara amatur. - AFP

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan