Feri Karam Di Korea Selatan: 10 Lagi Mayat Ditemui - Berita Dunia | mStar

Feri Karam Di Korea Selatan: 10 Lagi Mayat Ditemui

Diterbitkan: Ahad, 20 April 2014 10:50 AM

mayat feri karam

Salah satu daripada 10 mayat mangsa feri Sewol yang karam pada Rabu lalu, ditemui oleh pasukan penyelam penyelamat pada Ahad tiba di jeti Jindo, di selatan Seoul, Korea Selatan. Foto AP

(Ubah saiz teks)

JINDO (Korea Selatan): Pasukan penyelam penyelamat pada Ahad menemui 10 lagi mayat mangsa feri karam di Korea Selantan empat hari lalu, kata pengawal pantai.

"Sebanyak 10 mayat lagi baharu sahaja ditemui. Angka kematian kini mencecah 46 orang," kata jurucakap pengawal pantai kepada AFP.

Jurucakap itu bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut, tetapi agensi berita Yonhap berkata, sepuluh mayat itu terdiri daripada lapan lelaki dan dua perempuan.

Kesemua mayat itu dipercayai terperangkap dalam feri Sewol seberat 6,825 tan yang karam pada Rabu lalu.

Lebih 350 daripada 476 orang yang berada di dalam feri merupakan pelajar dari sekolah tinggi di bandar Ansan di selatan Seoul. 

Hanya 174 orang diselamatkan. - AFP

Tags / Kata Kunci: feri karam , Sewol
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan