PDI-P Belum Tentukan Calon Naib Presiden - Jokowi

Diterbitkan: Ahad, 20 April 2014 8:33 PM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Bakal calon presiden daripada Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P), Joko Widodo ata Jokowi menafikan parti itu akan mengumumkan nama bekas naib presiden Indonesia, Jusuf Kalla sebagai calon naib presiden pada Ahad.

Jokowi berkata partinya itu belum menentukan siapa yang akan menjadi calon naib presiden, berganding dengannya sebagai calon presiden, pada Pemilihan Umum (Pemilu) Presiden, 9 Julai depan.

"Tiada, belum ada itu (pengumuman). Memang namanya (calon naib presiden) sudah ada tapi belum diputuskan," kata Jokowi, di sini, Ahad.

Sebelum ini, beberapa pihak menyatakan bahawa PDI-P akan mengumumkan nama Jusuf Kalla, yang merupakan naib presiden Indonesia bagi tempoh 2004-2009, sebagai bakal calon naib presiden untuk berganding dengan Jokowi, hari ini.

Dalam pada itu, Jokowi enggan menyebut nama-nama tokoh yang berpotensi untuk berganding dengan beliau pada Pemilu Presiden 2014.

"Saya akan menyebutkannya secara berperingkat, mulai dari lima calon, tiga calon hingga keputusan bakal naib presiden yang akan berganding dengan saya. Pengumumannya boleh jadi sehari lagi, seminggu atau dua minggu lagi," kata Jokowi.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan