Feri Karam: Tiga Lagi Mayat Ditemui, Angka Korban Meningkat Kepada 32

Diterbitkan: Sabtu, 19 April 2014 7:00 PM

Pasukan penyelam terpaksa mengharungi ombak yan kuat dalam usaha mencari dan menyelamat ratusan mangsa yang masih hilang selepas feri Sewol karam di perairan Korea Selatan. - Foto AP.

(Ubah saiz teks)

MOKPO, Korea Selatan:  Wakil pengawal pantai Korea Selatan berkata tiga lagi mayat ditemui daripada feri yang karam menjadikan jumlah mangsa yang terkorban meningkat kepada 32 orang.

Jurucakap pengawal pantai, Kim Jae-in berkata ketiga-tiga mayat berkenaan ditemui pada Sabtu, tiga hari selepas feri berkenaan tenggelam. 

Terdahulu, kapten dan dua jurumudi kapal tersebut ditahan atas kesalahan melakukan kecuaian ketika bekerja serta mengabaikan keselamatan penumpang. Lebih 300 penumpang masih lagi hilang dalam insiden berkenan.

Jurucakap tersebut berkata hujan lebat dan arus deras menyebabkan pasukan penyelamat sukar untuk masuk ke dalam feri, lokasi di mana kebanyakan penumpang dipercayai terperangkap. 

Pendakwa raya berkata kapten feri Sewol, Lee Joon-Seok, 68, ditahan bersama-sama dua jurumudi, Park,25 dan Choo Joo-Ki,55. 


Tags / Kata Kunci: feri karam , Korea Selatan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan