Kapten & Dua Krew Feri Karam di Korea Selatan Ditahan

Diterbitkan: Sabtu, 19 April 2014 5:00 PM

Lee Joon-seok, tengah, kapten feri Sewol yang karam di kawasan perairan Korea Selatan. Beliau tiba di ibu pejabat bahagian polis dan pendakwaan di Mokpo, selatan Seoul.

(Ubah saiz teks)

MOKPO, Korea Selatan: Kapten yang mengemudi feri yang karam di Korea Selatan ditahan awal pagi Sabtu atas kesalahan melakukan kecuaian. Turut ditahan dua anak kapal kerana menurut pendakwa raya mereka telah mengemudi feri berkenaan di perairan yang mencabar ketika kemalangan itu berlaku.

Pendakwa raya memaklumkan kapten feri berkenaan, Lee Joon-seok, 68, ditahan awal pagi Sabtu bersama dua jurumudi, Choo Joon-ki, 55 serta Park Kyung-nam 25 tahun.  

Pendakwa raya kanan, Yang Jung-jin berkata kepada pemberita ketiga-tiga mereka ditahan kerana merekalah yang mengemudi feri tersebut ia melalui kawasan yang mempunyai pulau-pulau berkelompok disamping arus deras ketika kejadian berlaku pada awal pagi Rabu.  

Yang berkata pasangan ketiga itu tidak mengemudi feri tersebut ketika melalui kawasan berkenaan ini kerana rakannya yang lain biasa mengendalikan tugas tersebut, namun dia mengambil masa kerana pada ketika itu kabus tebal hingga menyebabkan kelewatan sewaktu berlepas. 

Setakat ini 29 mayat telah ditemui sejak insiden malang itu berlaku pada Rabu di selatan pantai Korea Selatan. Lebih daripada 270 orang masih lagi hilang dengan kebanyakan daripada mereka dipercayai masih terperangkap dalam kapal seberat 6,852 tan. 

Pasukan penyelam juga menghadapi kesukaran untuk masuk ke dalam feri berkenaan akibat arus deras dan hujan lebat. Seorang penyelam menjumpai tiga mayat terperangkap dalam pada Sabtu bagaimanapun dia tidak dapat memecahkan tingkap berkenaan, kata Kwon Yong-deok, wakil pengawal pantai. Ratusan penyelam merancang untuk menyelam pada Sabtu. 

Pada pagi Sabtu kapten kapal memohon maaf kerana sebelum dia di bawa ke Mokpo, Mahkamah Daerah Gwangju, sebelum dihantar ke penjara. "Saya minta maaf kepada seluruh rakyat Korea Selatan kerana menyusahkan dan memohon maaf kepada keluarga mangsa yang terlibat," kata Lee kepada pemberita. 

"Saya telah mengarahkan jalan mana yang harus diikuti, memberikan penerangan secara ringks sebelum saya masuk ke bilik tidur sebelum kejadian malang itu berlaku," katanya. 

Kapten tersebut mempertahankan tindakannya menunggu masa sebelum mengarahkan penumpang berpindah ke tempat yang selamat. 

Transkrip perbualan kapal-menara kawalan pantai menunjukkan seorang pegawai di Pusat Perkhidmatan Trafik Kapal Jeju mencadangkan proses perpindahan lima minit selepas butang kecemasan kapal Sewol dinyalakan . 

Bagaimanapun jurumudi, Oh Yong-Seok memberitahu The Associate Press bahawa kapten mengambil masa 30 monit untuk mengeluarkan arahan pemindahan bot dilakukan. 

Beberapa mangsa yang terselamat memberitahu AP bahawa mereka tidak pernah mendengar apa-apa perintah pemindahan.

"Ketika itu arus sangat deras, suhu air air laut sangat sejuk, saya fikir sekiranya penumpang meninggalkan feri tanpa pertimbangan yang munasabah, sekiranya mereka memakai atau tidak memakai jaket keselamatan, mereka mungkin akan dihanyutkan arus deras," kata Lee kepada pemberita. 

Lee berhadapan dengan lima pertuduhan termasuk cuai ketika menjalankan tugas dan melanggar undang-undang maritim, dan kedua-dua anak kapal yang lain masing-masing menghadapi tiga tuduhan berkaitan, menurut agensi berita Yonhap

Terdahulu, pendakwa raya kanan berkata Lee tidak berada tempatnya ketika feri Sewol melalui kawasan yang sukar untuk dikemudi lokasi dimana ia karam. Yang berkata termaktub dalam undang-undang maritim kapten perlu berada di tempatnya bagi membantu jurumudi. 


Yang berkata Lee juga mengabaikan kepentingan untuk menyelamatkan nyama penumpang. Beliau berkata: "Kapten menyelamatkan diri sebelum penumpang." Dalam video yang disiarkan oleh Yonhap menunjukkan  

Lee di kalangan orang pertama yang sampai ke pantai dengan bot menyelamat. 

Yang berkata kedua-dua anak kapal ditahan kerana  gagal mengurangkan kelajuan ketik feri berkenan menghampiri pulau kecil, dengan membuat pusingan tajam serta  gagal melaksanakan langkah-langkah perlu untuk menyelamatkan nyawa penumpang. 

Cho, yang ditahan, menerima beberapa pertuduhan yang disabitkan ke atasnya. "Memang ada kesilapan di pihak saya, namun sesuatu yang luar biasa berlaku apabila kemudi (gear kapal) bergerak terlalu banyak," katanya kepada pemberita.   

Pendakwa raya mempunyai tempoh 10 hari untuk mendakwa kapten dan krew, namun mereka boleh memohon tambahan 10 hari lagi daripada pihak mahkamah. 

Feri Sewol berlepas dari Pelabuhan Incheon pada Selasa dengan membawa 476 penumpang termasuk 323 pelajar daripada Sekolah Tinggi Danwon di Ansan. 

Ia terbalik dalam tempoh sejam selepas seorang jurumudi membuat panggilan kecemasan pada pukul 9 pagi Rabu. 

Dengan hanya 174 orang yang berjaya diselamatkan setakat ini, peluang mencari mangsa yang selamat semakin tipis dengan masa yang semakin suntuk. Ia menjadikan kemalangan feri paling buruk dalam sejarah di Korea Selatab. 

Kemalangan feri yang terburuk pernah dicatatkan pada 1993, dengan 292 orang terbunuh. 


Tags / Kata Kunci: feri karam , Korea Selatan

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan