Penyokong, Penentang Kerajaan Thailand Rancang Perhimpunan Jalanan

Diterbitkan: Jumaat, 18 April 2014 10:06 AM

Penyokong berbaju merah berkumpul di ibu negara selama dua hari bermula 5 April lalu bagi menunjukkan sokongan terhadap Yingluck.

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Suasana politik di Thailand, terutamanya di sekitar Bangkok, agak sejuk sedikit dek simbahan air sempena sambutan Songkran beberapa hari lepas. 

Bagaimanapun, suhunya kembali meningkat ketika Mahkamah Perlembagaan negara ini bakal menyampaikan keputusannya berhubung nasib politik Perdana Menteri sementara Yingluck Shinawatra.

Pada masa ini, pertikaian adalah di dalam mahkamah namun tidak lama lagi ia akan merebak ke jalanan memandangkan kumpulan Barisan Bersatu Demokrasi Menentang Diktator yang prokerajaan dan Jawatankuasa Reformasi Demokratik Rakyat yang antikerajaan masing-masing mengumumkan rancangan untuk mengadakan perhimpunan.

Mereka merancang untuk mengadakan perhimpunan pada hari mahkamah membuat keputusan dalam kes melibatkan pertukaran bekas Ketua Majlis Keselamatan Negara, Thawil Pliensri. 

Di dalam mahkamah pula, Mahkamah Perlembagaan akan membuat keputusan sama ada akan memberi lebih masa kepada Yingluck untuk membuat persediaan membela diri dalam kes melibatkan pertukaran Thawil.

Setiausaha Agung Mahkamah Perlembagaan Chaowana Trimas berkata mahkamah akan membuat keputusan pada 23 April berhubung permohonan Yingluck untuk mendapatkan lebih banyak masa untuk menyediakan pembelaan dirinya dalam kes itu.

"Hakim masih belum memberi pendapat mereka dalam perkara itu bagaimanapun mereka masih menjalankan tugas seperti biasa," kata Chaowana.

Beliau sebelum itu ditanya sama ada mahkamah didesak untuk menimbangkan kes itu berikutan rancangan kumpulan prokerajaan dan antikerajaan untuk mengadakan perhimpunan pada hari mahkamah membuat keputusannya dalam kes itu.

Beliau berkata pertimbangan mahkamah bukanlah matlamat politik sebaliknya satu undang-undang, dan menegaskan mahkamah membuat pertimbangan bagi setiap kes dengan cara yang saksama dan tanpa diskriminasi.

Mahkamah Perlembagaan sebelum itu menerima permohonan untuk membuat keputusan sama ada Yingluck, yang juga Menteri Pertahanan, menyalahgunakan kuasanya dalam kes Thawil, yang digugurkan daripada jawatannya atas arahan perdana menteri dan ditukar ke jawatan sebagai penasihat di Pejabat Perdana Menteri.

Khamis adalah tarikh akhir bagi Yingluck membela diri dalam kes itu, tetapi beliau menerusi peguamnya mengemukakan permohonan agar diberi lanjutan 15 hari untuk menyediakan dokumen dan bukti.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan