7 Terbunuh Sambutan Good Friday - Berita Dunia | mStar

7 Terbunuh Sambutan Good Friday

Diterbitkan: Jumaat, 18 April 2014 10:40 PM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh selepas sebuah bot membawa berpuluh-puluh penganut Kristian yang menyambut perayaan Good Friday di laut di perairan Flores, Indonesia karam akibat ombak kuat pada tengah hari Jumaat.

"Data awal menunjukkan insiden itu mengorbankan nyawa tujuh orang termasuk tiga kanak-kanak," kata Wakil Bupati Flores Timur Valen Tukan, dipetik oleh agensi berita Antara.

Bot itu karam di Selat Gonzalu yang terletak antara Flores Timur dan Pulau Adonara di Daerah Flores Timur.

Valen berkata para pegawai keselamatan masih meneruskan usaha mencari mangsa dan telah menyelamat sekurang-kurangnya 30 orang dan mereka telah dihantar ke pusat kesihatan terdekat.

Menurut Wakil Bupati, beberapa pegawai diketuai Ketua Polis Pusat Peranginan Flores Timur, Gede Artha masih mencari mangsa di tempat kejadian.

Insiden yang mengorbankan tujuh nyawa itu adalah yang pertama berlaku sejak upacara itu diadakan di bandaraya Reinha Larantuka dalam masa beberapa tahun.

"Bot perikanan Nelayan Bhakti itu sarat dengan penganut yang menyambut perayaan Good Friday untuk membawa patung Tuan Meninu dari Pantai Rewindo ke Bandaraya Larantuka City," menurut seorang peserta Apriani Kerong.

Good Friday disambut di Larantuka dengan mengadakan perarakan patung itu membabitkan berpuluh-puluh buah bot dan beribu-ribu penganjut Kristian dari Nusa Tenggara Timur dan tempat lain.

Bot Nelayan Bhakti yang membawa lebih daripada 100 penumpang karam ketika bot itu mengubah haluan.

Tags / Kata Kunci: Good Friday , Perairan Flores
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan