Pendaftaran Calon Presiden Indonesia Dibuka 18 Mei

Diterbitkan: Rabu, 16 April 2014 9:13 PM

Joko Widodo

Joko Widodo (tengah) daripada PDI-P, yang juga gabenor Jakarta, menjadi pilihan ramai untuk memenangi pemilihan umum presiden Indonesia. Foto AFP

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Pendaftaran bagi pilihan raya presiden Indonesia Julai ini akan mula dibuka bulan depan, menurut Suruhanjaya Pemilihan Umum (KPU) pada Selasa.

Anggota KPU, Ferry Kurnia berkata, tempoh pendaftaran ialah dari 18 hingga 20 Mei.

Menurut beliau, apabila selesai urusan pendaftaran, KPU akan membuat semakan pengesahan dan pentadbiran terhadap dokumen yang dikemukakan pemohon dan urusan ini dijangka mengambil masa lebih kurang tiga hari.

"KPU juga akan mengendalikan pemeriksaan kesihatan terhadap calon. Bagi tujuan ini, kami akan bekerjasama dengan Persatuan Doktor Indonesia (IDI). IDI akan menetapkan kriteria kesihatan dan melantik hospital untuk membuat pemeriksaan itu," katanya seperti yang dipetik akhbar harian tempatan Jakarta Globe di sini.

Ferry berkata, KPU akan membenarkan calon meminda borang permohonan mereka jika berlaku kehilangan dokumen yang diperlukan.

Pengumuman tentang calon yang akan bertanding dalam pemilihan umum pada 9 Julai itu akan dibuat menjelang 10 Jun, katanya.

Undang-undang pilihan raya menetapkan hanya parti atau gabungan yang memperoleh 25 peratus undi dalam pemilihan umum legislatif atau 20 peratus kerusi dalam Dewan Perwakilan Rakyat layak meletakkan seorang calon presiden. 

Kiraan segera daripada pemilihan umum pada 9 April — keputusan rasmi masih belum dikeluarkan - menunjukkan tiada satu pun daripada 12 parti yang bertanding mendapat undi secukupnya untuk meletakkan calon secara bersendirian, dengan kumpulan yang menjadi pendahulu, Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) mendapat sekitar 19 peratus undi.

Beberapa parti, termasuk PDI-P sudah mengadakan rundingan untuk membentuk pakatan dengan parti lain. Joko Widodo daripada PDI-P, yang juga gabenor Jakarta, menjadi pilihan ramai untuk memenangi pemilihan umum presiden kali ini, berbanding Prabowo Subianto daripada parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra) dan Aburizal Bakrie daripada Parti Golkar.

Sekiranya tiada calon menang dengan majoriti jelas atau mendapat 50 peratus undi pada pemilihan umum 9 Julai itu, pengundian ulangan akan diadakan bagi memilih satu daripada dua calon yang menduduki tempat teratas.

Presiden baharu Indonesia akan dilantik pada 20 Oktober.


iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan