Anjing Dail 999

Diterbitkan: Rabu, 16 April 2014 11:00 AM

Leighton membuat panggilan 999 hingga menyebabkan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian.

(Ubah saiz teks)

Tertanya-tanya apa sebenarnya berlaku di sebalik bunyi pernafasan kuat yang didengar ketika menerima panggilan kecemasan, mendorong sepasukan polis Leicestershire, United Kingdom bergegas ke lokasi kejadian.

Walaupun tidak dapat mengesahkan punca sebenar kejadian yang menyebabkan 999 didail, polis tetap bertindak pantas kerana bimbang berlaku kejadian tidak diingini membabitkan nyawa penduduk daerah berkenaan.

Sebaik anggota polis tiba, didapati seekor anjing yang sedang menggunggung telefon bimbit dikejar seorang wanita di taman kediaman pasangan Mary Amos-Cole dan Geoff Cole di Edlesborough, Bucks.

Sekali gus, semua persoalan terjawab. Seekor anjing peliharaan jenis Belgian Malinois bernama Leighton memelakukan sesuatu diluar dugaan apabila membuat panggilan kecemasan 999.

Haiwan peliharaan berusia dua tahun itu dikatakan 'merampas' telefon bimbit milik tuannya dan terpaksa dikepung bagi mendapatkan semula telefon itu.

Cole bagaimanapun terkejut melihat kehadiran anggota polis ke kediaman mereka.

"Pegawai polis itu berkata panggilan 999 dibuat menerusi telefon ini dan apa yang mereka boleh dengar hanya pernafasan yang kuat.

"Saya tidak sangka sama sekali anjing saya dapat membuat panggilan itu," kata Mary.

Berdasarkan kajian, anjing Belgian Malinois didapati pintar dan pernah digunakan CIA and pasukan keselamatan dunia. Kejayaan tentera Amerika Syarikat membunuh Osama bin Laden di Pakistan juga hasil bantuan haiwan berkenaan.


Tags / Kata Kunci: anjing , telefon bimbit , united kingdom

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan