Singapura Ambil Langkah Ketatkan Keselamatan Di Pusat Pemeriksaan

Diterbitkan: Selasa, 15 April 2014 6:30 PM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Singapura telah mengambil langkah untuk mengetatkan keselamatan dan pada masa sama menjamin kecepatan urusan pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Imigresen. 

Ini susulan dua insiden membolosi keselamatan di Pusat Pemeriksaan Woodlands. 

Insiden pertama berlaku pada 17 Jan, 2014 manakala insiden kedua pada 8 Mac, 2014.

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Teo Hee Chean berkata: "Pada 8 Mac 2014, seorang wanita rakyat Malaysia, selepas melalui pemeriksaan kastam, terus memandu keretanya merempuh palang sekatan kedua yang khusus untuk pemeriksaan keselamatan."

"Insiden ini merupakan yang kedua dalam masa dua bulan membabitkan kenderaan membolosi pusat pemeriksaan Woodlands. Selepas insiden pertama pada 17 Jan, pelbagai langkah diambil dengan segera bagi mengetatkan keselamatan di Pusat Pemeriksaan Woodlands," kata beliau dalam jawapan lisan kepada Persoalan Parlimen mengenai Pembolosan Keselamatan di Pusat Pemeriksaan Woodlands.

Teo yang juga Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara berkata ini termasuk memperketatkan koordinasi antara Pihak Berkuasa Pusat Pemeriksaan Imigresen (ICA) dan Polis, menambah baik protokol respons dan mengadakan latihan untuk penerimaan pelan respons serta meningkatkan pemantauan Pegawai Polis Bantuan (APO).

"Langkah-langkah lain seperti pemasangan sistem kamera litar tertutup (CCTV)dan meningkatkan sekatan keselamatan sedang dipercepatkan," kata beliau.

Teo berkata ICA dan Polis juga akan menempatkan pengadang rempuhan bergerak dan kenderaan pengesan sebagai langkah keselamatan tambahan untuk menghalang kenderaan daripada membolosi pusat pemeriksaan dan menahan suspek yang bertindak demikian.

Beliau berkata kedua-dua insiden membolosi keselamatan menunjukkan betapa rumitnya operasi pemeriksaan.

Kepada Persoalan Parlimen bagi mengurangkan kesesakan di pusat pemeriksaan, Teo berkata: "Untuk mengimbangkan antara keselamatan ketat dan kelancaran pemeriksaan, Pusat Pemeriksaan Woodlands yang lama telah beroperasi semula untuk meningkatkan kapasiti."

Beliau berkata bilangan pegawai yang bertugas di pusat pemeriksaan telah ditambah sejak pertengahan tahun 2000. Bagaimanapun, kekurangan yang dihadapi sekarang cuma membabitkan infrastruktur.

Pusat pemeriksaan itu dibina sebelum tahun 2001 dan beberapa ciri keselamatan telah dipertingkatkan pada infrastruktur sekarang.

Ini menyebabkan pelepasan pemeriksaan kenderaan mengambil masa yang lama.

"Pada masa ini, ICA membuka sehingga 20 kaunter untuk pemeriksaan kereta semasa waktu puncak, hari Ahad dan cuti umum," kata beliau sambil berkata 30 kaunter akan ditambah menjelang 2016.

Dalam pada itu, beliau berkata lebih 72,000 motosikal melalui pusat pemeriksaan itu setiap hari dan faktor ini menyumbangkan kepada kesesakan trafik di pusat pemeriksaan.

Teo berkata ICA akan terus menyalurkan lebih banyakpenumpang dan kenderaan menggunakan sistem pelepasan keselamatan automatik.

Tiga puluh peratus daripada motosikal menggunakan sistem pelepasan automatik.

Menjelang pertengahan 2014, semua permit kerja dan pemegang pas-S secara automatik mendaftar dalam sistem pelepasan automatik. Ini membolehkan 95 peratus daripada semua perjalanan motosikal Malaysia layak bagi pelepasan automatik.

"Ini dapat membantu mengurangkan kesesakan di laluan motosikal dan membuka kapasiti bagi pengguna lain. Semua langkah ini akan membantu mengimbangkan antara kecepatan pelepasan dan mengetatkan keselamatan," kata beliau.


iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan