Polis Temui Tujuh Mayat Bayi Dalam Sebuah Rumah

Diterbitkan: Isnin, 14 April 2014 12:35 PM

Tempat di mana kejadian mengerikan itu berlaku. Seorang ibu dipercayai membunuh tujuh orang anaknya yang baru lahir dalam tempoh 10 tahun dan menyimpan mayat mereka di dalam kotak dan menyimpannya di rumah mereka di Utah, Amerika Syarikat

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Polis telah menemui tujuh mayat bayi yang dipercayai meninggal dunia dalam tempoh 10 tahun di dalam rumah ibu mereka di Utah, Amerika Syarikat semalam (Ahad).

Seorang wanita yang dikenali dengan nama Megan Huntsman, 39, telah ditahan untuk disoal siasat berhubung penemuan mengemparkan itu.

Sebelum itu, anggota-anggota polis dari Jabatan Polis Pleasant Grove telah menerima tip tentang mayat-mayat tersebut pada Sabtu.

Selepas menerima waran geledah, pihak polis telah menemui tujuh mayat bayi yang dibungkus dalam kotak yang berasingan di dalam rumah tersebut.

Polis mengesyaki yang Huntsman telah melahirkan kesemua bayi tersebut dalam tempoh 10 tahun dan kemudian membunuh mereka.

Adalah difahamkan yang bekas suami Huntsman bertanggungjawab menghubungi pihak polis dan dia juga adalah bapa kepada kesemua kanak-kanak tersebut.

Tiga lagi anak Huntsman masih bermastautin di rumah tersebut yang dimiliki oleh keluarga bekas suaminya.

Kesemua tiga anak mereka yang masih hidup berusia 13, 18 dan 20 tahun.

Tags / Kata Kunci: Utah , Amerika Syarikat

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan