Macedonia Undi Presiden Baharu

Diterbitkan: Ahad, 13 April 2014 10:37 AM

Gjorge Ivanov

Gjorge Ivanov, penyandang jawatan Presiden Macedonia bertanding dalam pemilihan presiden baharu bagi mempertahankan kedudukannya buat penggal kedua. Foto AP

(Ubah saiz teks)

SKOPJE: Macedonia akan mengundi untuk presiden baharu pada Ahad, dalam pemilihan yang dilihat sebagai ujian buat parti pemerintah menjelang pilihan raya umum pada bulan ini di negara calon Kesatuan Eropah (EU) itu.

Pemilihan jawatan presiden tersebut dibayangi keadaan ekonomi yang tidak begitu baik di negara yang mempunyai 22 juta penduduk itu, di mana lebih daripada satu per empat adalah golongan penganggur.

Empat calon bertanding, termasuk penyandang jawatan Presiden, Gjorge Ivanov, dari parti konservatif yang memerintah, VMRO-DPMNE, yang berusaha untuk terus mempertahankan jawatan itu untuk penggal kedua.

Undian terkini meletakkan Ivanov dengan kira-kira 30 peratus undi, dengan pesaing utamanya, yang merupakan calon pembangkang Stevo Pendarovski, pada 16 peratus undi.

Jika tiada calon yang menang lebih 50 peratus undi dalam pusingan pertama Ahad ini, kedua-dua pesaing teratas akan bertanding satu lawan satu dalam pemilihan pada 27 April ini dimana pilihan raya Parlimen turut akan diadakan. - AFP

Tags / Kata Kunci: Macedonia , Gjorge Ivanov , Stevo Pendarovski

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan