75,000 Pokok Ganja Dirampas Di Bahamas

Diterbitkan: Ahad, 13 April 2014 4:33 PM

Pokok ganja.

(Ubah saiz teks)

NASSAU: Polis berjaya menemui dan merampas 75,000 pokok ganja yang dianggarkan bernilai AS$7.5 juta (RM24.27 juta) di Bahamas.

Sumber polis Bahamas berkata, pokok yang berketinggian 152.4 sentimeter itu, ditemui ditanam di sebuah kawasan terpencil di timur kepulauan Grand Bahama.

Menurut polis, tiada suspek yang ditahan ketika operasi dilakukan.

Tambahnya, rampasan yang dilakukan pada Sabatu adalah hasil maklumat orang awam dan dibantu oleh Jabatan Penguatkuasa Dadah di Amerika Syarikat (AS).

Tags / Kata Kunci: pokok ganja , Bahamas

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan