Video Kanak-Kanak Tiga Tahun Hisap Dadah Tersebar

Diterbitkan: Sabtu, 12 April 2014 6:14 PM

Video yang memaparkan aksi seorang kanak-kanak berusia tiga tahun menghisap rokok didakwa yang mengandungi dadah tersebar di aplikasi Vine.

(Ubah saiz teks)

PENGGUNA aplikasi Vine di Amerika Syarikat mengecam tindakan pihak yang mengajar seorang kanak-kanak berusia lingkungan tiga hingga empat tahun menghisap rokok atau dadah jenis ganja.
 
Video berdurasi 45 saat itu dipercayai dimuatnaik naik oleh seorang pengguna Vine yang menggelar dirinya sebagai NikoWavy.

Dalam rakaman tersebut seorang kanak-kanak kulit hitam telah diajar menghisap rokok yang didakwa mengandungi dadah jenis ganja.

Akhbar dan portal berita di Amerika Syarika turut menganggap rakaman itu sebagai tindakan membuli dan mendera kanak-kanak terbabit kerana selain diberi rokok atau dadah , terdengar  suara sekumpulan orang dewasa yang sedang ketawa.

Rakaman itu bagaimanapun tidak kekal lama di aplikasi Vine apabila NikoWavy memadamnya selepas mendapat reaksi buruk daripada orang ramai.

Setakat pos itu dipadam terdapat 39,000 retweet dan 6,800 revined oleh pengguna laman sosial berkenaan.

NikoWavy selepas memadam pos tersebut cuba menafikan bahawa kanak-kanak terbabit telah diberi ganja sebaliknya hanya diberi menghisap rokok.

Berikutan daripada rakaman itu seorang pengguna Vine telah memuat turun video berkenaan dan membuat beberapa screen shot sebelum membuat laporan kepada pihak berkuasa di California.

Tags / Kata Kunci: Vine , kanak-kanak , hisap dadah

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan