Madagascar Pilih PM Baharu Selepas Beberapa Bulan Pilihan Raya

Diterbitkan: Jumaat, 11 April 2014 11:25 PM

Hery Rajaonarimampianina

Hery Rajaonarimampianina. Foto AFP

(Ubah saiz teks)

ANTANANARIVO: Madagascar menamakan perdana menteri baharu pada Jumaat, dengan memilih doktor yang tidak dikenali, Roger Kolo untuk memegang jawatan itu, selepas beberapa bulan pilihan raya diadakan. 

Pengumuman itu dibuat dalam satu kenyataan daripada pejabat Presiden, Hery Rajaonarimampianina.

Telah dicadangkan bahawa Andry Rajoelina, pemimpin yang memerintah negara itu sejak 2009 mungkin mahu menduduki jawatan itu.

Pelantikan Kolo akan meningkatkan harapan bahawa kerajaan baharu boleh terus untuk memperbaiki hubungan dengan masyarakat antarabangsa.

Madagascar mengadakan pilihan raya presiden dan perundangan pada Disember lalu untuk memulihkan demokrasi selepas berlakunya rampasan kuasa. - AFP


iklan

Kolumnis

iklan

Iklan