22 Dilaporkan Hilang Selepas Bot Karam Di Perairan Papua - Berita Dunia | mStar

22 Dilaporkan Hilang Selepas Bot Karam Di Perairan Papua

Diterbitkan: Jumaat, 11 April 2014 8:39 PM

bot karam

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Dua puluh dua orang dilaporkan hilang selepas sebuah motobot yang membawa 30 penumpang karam di perairan sekitar pulau Yapen, kata pihak berkuasa Papua, pada Jumaat.

Ketua Polis kepulauan Yapen, Gatot Prasetyo berkata, bot itu sedang dalam perjalanan ke Membramo Raya dari Yapen pada Selasa.

"Semasa dalam perjalanan bot itu dipukul ombak yang besar lalu karam," kata Gatot yang dipetik sebagai berkata oleh akhbar harian Jakarta Globe.

Beliau berkata, bot terbabit karam di antara Selat Pasorae dan Kurudu Kaipuri berdekatan Yapen.

Selepas dimaklumkan berhubung insiden itu oleh ahli majlis wilayah Membramo, polis Yapen, dengan dibantu pasukan mencari dan menyelamat dari Biak Numfor, melancarkan usaha menyelamat kesemua mangsa. Lapan orang diselamatkan dan dipindahkan ke Kurudu Kaipuri manakala yang lain masih hilang.

Gatot berkata, usaha menyelamat masih dijalankan dan ditumpukan di kawasan perairan sekitar Kurudu dan Memberamo di Papua, sambil menambah usaha mencari terhalang oleh cuaca buruk dan ombak besar. 

"Bagaimanapun, kami akan meneruskan usaha mencari dan menyelamat sehingga kesemua mangsa ditemui," katanya.

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan