Perbicaraan Morsi: Mahkamah Rayuan Tolak Pelantikan Hakim Baharu

Diterbitkan: Rabu, 9 April 2014 6:28 PM

Mohamed Morsi.

(Ubah saiz teks)

KAHERAH: Mahkamah Rayuan Mesir pada Rabu menolak permintaan supaya beberapa hakim baharu dilantik dalam dua perbicaraan membabitkan presiden yang digulingkan, Mohamed Morsi.

Perbicaraan tersebut adalah sebahagian daripada usaha untuk menolak tindakan keras dilakukan terhadap Morsi dan pengikut Ikhwanul Muslimin sejak tentera menggulingkan beliau pada Julai lalu.

Morsi bakal berdepan hukuman mati sekiranya didapati bersalah.

Mahkamah kini dijangka menetapkan satu tarikh untuk meneruskan semula dua perbicaraan itu yang melibatkan insiden lari dari penjara dan dakwaan pengintipan.

Peguam bela telah meminta sebuah panel hakim baharu meneliti kedua-dua kes melibatkan Morsi dan pengikut Ikhwanul Muslimin, yang mengadu mengenai sebuah kurungan kaca kalis bunyi di mana tertuduh duduk ketika perbicaran.

Sebuah dok khas direka untuk menghalang Morsi dan beberapa defendan lain daripada mengganggu prosiding.

Permintaan tersebut turut didorong oleh dakwaan rakaman perbincangan peribadi antara defendan dan peguam bela mereka, selepas akhbar mendedahkan perbincangan antara Morsi dan peguam, Selim al-Awa.

Mahkamah turut mendenda dua defendan, ketua Ikhwanul Muslimin, Mohammed al-Beltagui dan pendakwah, Safwat Hegazi, 6,000 pound Mesir untuk setiap perbicaraan.

Morsi dan 130 defendan yang lain didakwa mengatur insiden lari dari penjara dan menyerang balai polis pada pemberontakan 2011 yang menggulingkan Presiden Hosni Mubarak.


Tags / Kata Kunci: Mohamed Morsi , Ikhwanul Muslimin , Mesir

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan