Budak 9 Bulan Dituduh Membunuh Anggota Polis

Diterbitkan: Selasa, 8 April 2014 9:30 AM

Muhammad Mosa Khan

(Ubah saiz teks)

MENGEJUTKAN apabila seorang kanak-kanak berusia sembilan bulan dihadapkan ke mahkamah di Pakistan kerana dituduh melakukan pembunuhan.

Biarpun ia dilihat sangat pelik dan perkara jenaka tetapi kejadian itu benar-benar berlaku di Lahore.

Kanak-kanak yang masih membawa botol susunya ke mana-mana sahaja itu juga dituduh melakukan pembunuhan terancang dan mengancam polis ketika pihak berkuasa melakukan operasi menghalang demonstrasi.

Muhammad Mosa Khan yang dibawa bapanya ke mahkamah bersama botol susu kelihatan tenang sebelum menangis apabila datuknya menurunkan tandatangan untuk perbicaraan kes.

Muhammad dituduh membaling batu ke arah seorang anggota polis sehingga mati dalam satu demonstrasi di kawasan perumahan yang didiaminya baru-baru ini.

Bagaimanapun datuknya mempertikai tuduhan itu dengan mendakwa mustahil bagi cucunya untuk membaling sebiji batu sehingga menyebabkan kematian seorang lelaki dewasa.

"Cucu saya masih tidak pandai mengangkat botol susu, bagaimana pula dia dapat membaling sebiji batu sehingga mengorbankan seorang anggota polis," jelasnya.

Berita ini kemudiannya turut menjadi cerita jenaka di India dan negara lain apabila kanak-kanak itu dituduh melakukan pembunuhan terancang.


Tags / Kata Kunci: Lahore , Pakistan

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan