Rakyat India Mula Mengundi Dalam Pilihan Raya Terbesar Di Dunia

Diterbitkan: Isnin, 7 April 2014 10:33 AM

Pekerja-pekerja wanita memotong rumput berlatarbelakang poster besar calon parti pembangkang BJP, Narendra Modi. -fotoAP

(Ubah saiz teks)

RAKYAT India mula mengundi dalam pilihan raya terbesar di dunia, pada Isnin, dengan parti Kongres yang memerintah bersaing sengit dengan pembangkang Parti Bharatiya Janata (BJP).

Sembilan fasa undian bermula pada hari ini dan berakhir pada 12 Mei. Undian akan dikira pada 16 Mei.

Lebih daripada 800 juta rakyat India layak mengundi dalam pilihan raya yang dikuasai oleh rasuah dan inflasi yang tinggi ini.

Sebuah parti anti rasuah baharu, AAP , juga bertanding dalam pilihan raya selepas memperolehi hasil yang menakjubkan dalam pemilihan tempatan.

AAP (Aam Aadmi Party) menunjukkan keputusan memberangsangkan pada pemilihan dewan perundangan di New Delhi dan menawarkan diri bertanding untuk semua kerusi di parlimen.

Beberapa pihak serantau yang lebih kecil juga turut bertanding dan jika tidak ada parti tunggal menang majoriti yang jelas, mereka boleh memainkan peranan yang penting dalam pembentukan kerajaan.

Perdana Menteri Manmohan Singh telah berkata beliau telah pun meletakkan jawatan dan parti Kongres sedang diketuai oleh Rahul Gandhi, ahli terbaru yang dipengaruhi dinasti Nehru -Gandhi di India.

BJP sedang diketuai oleh pemimpin berkarisma dan ketua nasionalis Hindu kontroversi Hindu Narendra Modi.

Modi yang berada paling hadapan dalam semua kaji selidik pra- pilihan raya, adalah pemimpin negeri Gujarat yang menyaksikan salah satu rusuhan paling buruk anti- Islam India pada tahun 2002.

Kira-kira 814 juta pengundi, 100 juta lebih dari pilihan raya lepas pada tahun 2009 layak mengundi di 930,000 buah pusat mengundi, meningkat berbanding 830,000 pusat pengundian pada tahun 2009.

Mesin mengundi elektronik akan digunakan dan buat kali pertama, mengandungi butang 'Tiada satu pun pilihan calon-calon diatas' untuk pengundi yang tidak mahu untuk membuang undi bagi mana-mana calon.

Pada hari pertama pengundian ia diadakan di enam kawasan pilihan raya di dua negeri di utara-timur, lima di Assam dan satu di Tripura.

Parti Kongres menjanjikan 'pertumbuhan inklusif' jika ia kembali berkuasa.

Dalam manifesto pilihan raya, parti itu berjanji memberi lebih tumpuan terhadap kebajikan, termasuk hak untuk penjagaan kesihatan untuk semua dan pencen bagi warga tua dan orang kurang upaya.

BJP masih belum mengeluarkan manifestonya tetapi dalam ucapan pilihan raya di seluruh negara, Modi telah menjanjikan pembangunan ekonomi, peluang pekerjaan untuk belia dan kerajaan yang bebas daripada rasuah.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan