Tiada Ruang Bagi Sebarang Penipuan Pada Pemilu 2014 - Susilo

Diterbitkan: Ahad, 6 April 2014 7:59 PM

Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono (gambar fail).

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono berkata tiada ruang bagi sebarang penipuan berlaku dalam Pemilihan Umum (Pemilu) 2014 yang akan berlangsung pada 9 April.

Beliau berkata dalam keadaan politik terbuka dan sistem demokrasi yang diamalkan di negara berkenaan, sukar untuk berlaku kecurangan atau penipuan kerana perjalanan Pemilu diawasi banyak pihak.

Presiden Indonesia itu berkata sistem dan undang-undang Pemilu yang dilaksana ketika ini dilulus oleh Parlimen, yang diwakili pelbagai parti politik serta menteri kabinet.
 
"Sistem dan undang-undang ini dicapai secara kesepakatan bagi memastikan aspirasi dan kepentingan parti politik dipenuhi," katanya dalam satu pertemuan dengan pemimpin media di Surabaya pada Sabtu.

Susilo berkata Suruhanjaya Pemilihan Umum (KPU), Badan Pengawas Pemilu (Bawaslu) dan Mahkamah Perlembagaan (MK) juga bersifat bebas selain pengawasan serta pelaksanaan undang-undang pilihan raya umum itu tidak membabitkan kepentingan politik mana-mana pihak.
 
"Media juga sudah tentu akan mengawal perjalanan Pemilu agar bebas," katanya.
 
"Di era sekarang, sangat sulit (berlaku penipuan). Dari pusat sampai daerah, semua parti saling mengawasi... sekarang ada IT (teknologi maklumat) yang mampu mengawal perhitungan itu (Pemilu)," katanya.

Presiden Indonesia itu berkata amalan demokrasi di negara berkenaan, yang semakin mantap pada masa ini, sudah sebaris dengan negara lain di dunia.

Beliau berkata ini dibuktikan dengan kejayaan rakyat Indonesia pascareformasi yang mengadakan tiga kali Pemilu, dengan dua daripada sistemnya menyaksikan rakyat memilih kepimpinan secara aman dan lancar.

Justeru, Susilo meminta Tentera Nasional Indonesia (TNI) dan Polis Republik Indonesia (Polri) supaya memastikan pilihan raya umum kali ini berlangsung dalam keadaan aman serta penuh demokratik.

Beliau menjangkakan landskap politik Indonesia selepas Pemilu Legislatif pada 9 April ini, akan bertambah dinamik dan 'panas' kerana negara ini bakal menyaksikan iklim politik baharu menuju Pemilu Presiden pada 9 Julai, sehingga pelantikan Presiden Indonesia pada 20 Oktober tahun ini.

"Saya berharap siapapun yang kalah, menerima dengan jiwa besar meskipun kalah itu memang menyakitkan," katanya.

Tags / Kata Kunci: Susilo , Pemilu 2014

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan