Serangan Terhadap Pentadbiran Kepimpinan Saya Tidak Adil - Susilo

Diterbitkan: Ahad, 6 April 2014 8:48 PM

Susilo Bambang Yudhoyono (gambar fail).

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono menyifatkan kritikan dan serangan pihak tertentu terhadap pentadbirannya selama 10 tahun memimpin negara ini adalah tidak adil.

Susilo berkata beliau sedar menjelang Pemilihan Umum (Pemilu) 2014, pelbagai isu bakal ditimbulkan, namun setiap parti politik atau jurukempen perlu tahu batas untuk menyerang lawan politik mereka.

"Ada juga, meskipun tidak banyak...hanya satu dua jurukempen, satu dua parti politik yang dalam kempen terus menyerang dan menyalahkan pemerintahan yang saya pimpin termasuk saya, bahkan parti yang saya pimpin," katanya seperti dilaporkan portal berita Kompas.com.

Susilo yang juga Ketua Umum Dewan Pimpinan Pusat Parti Demokrat berkata demikian dalam satu wawancara dengan Biro Media Kepresidenan yang disiarkan dalam YouTube.

Presiden Indonesia itu berkata sejak dari dahulu, beliau amat menjunjung budaya politik yang tidak menyerang lawan politik.

"Biasanya, orang kalau terlalu menyalahkan orang lain, (dia) tidak sedar barangkali belum tentu dia lebih baik dari yang disalahkan," katanya.

Dalam pada itu, Susilo menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa dalam tempoh sedekad pemerintahannya, rakyat Indonesia telah menanggung kerugian.
 
"Kalau kemiskinan dan pengangguran semakin berkurang...tidakkah rakyat semakin senang? Ekonomi tumbuh (meningkat), keamanan dalam negeri terjaga, pendidikan dan kesihatan meningkat, daya beli dan penghasilan rakyat juga meningkat, apakah itu merugikan atau menguntungkan? Saya kira tidak adil kalau dikatakan merugikan," katanya.

Susilo juga menyelar pihak terbabit yang mendakwa Indonesia pada masa ini, ketinggalan jika dibandingan dengan negara lain.
 
"Dia tidak jujur. Lihat saja banyak negara yang keamanannya tergoncang (huru-hara), apakah Indonesia seperti itu? Kemudian ekonomi hancur, apakah ekonomi kita hancur? 

"Mereka juga mengalami banyak masalah di dunia antarabangsa. Apakah kita mengalami masalah? Saya kira kalau adil dan jujur kita tidak seperti itu. Tapi biarlah...biar rakyat yang menilai nanti apakah serangan itu berasas atau tidak," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan