Indonesia Miliki 299 Lapangan Terbang Menjelang 2019

Diterbitkan: Sabtu, 5 April 2014 6:10 PM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Indonesia akan mempunyai 299 lapangan terbang di seluruh negara dalam tempoh lima tahun akan datang, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Bambang Susantono sambil menambah 62 lapangan terbang baharu kini sedang dilaksanakan.

"Lapangan terbang itu tidak semuanya sebesar lapangan terbang di bandar-bandar utama tetapi ia penting untuk meningkatkan akses di negara kita," kata Bambang seperti dilaporkan Tribunnews.com, pada Jumaat.

Bambang berkata kebanyakan lapangan terbang baharu akan dibina di bahagian timur Indonesia.

"Lapangan terbang adalah cara yang paling berkesan untuk membantu mengangkut manusia dan barangan ke tempat-tempat seperti bahagian timur Indonesia yang mempunyai topografi mencabar," katanya.

Pada masa ini, Indonesia mempunyai 237 lapangan terbang, 16 daripadanya adalah lapangan terbang komersial di bandar-bandar besar yang diuruskan pengendali lapangan terbang negara, PT Angkasa Pura I dan PT Angkasa Pura II.

Lapangan terbang lain berada di bawah Unit Pengurusan Teknikal Kementerian Pengangkutan (UPT).

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan