Malaysia Telah Lakukan Yang Terbaik - Menteri Pertahanan Asean

Diterbitkan: Jumaat, 4 April 2014 9:19 AM

Hishammuddin Hussein.

(Ubah saiz teks)

HONOLULU: Menteri-menteri pertahanan Asean berkata Malaysia telah melakukan yang terbaik dalam mengendalikan situasi kehilangan pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH370 dan usaha seterusnya untuk mencari pesawat yang hilang.

"Kami percaya bahawa Malaysia telah melakukan yang terbaik dalam mengendalikan keadaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini melihat semata-mata kepada skala operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang terbesar dan paling kompleks pernah kami lihat," kata mereka.

Menteri-menteri berkenaan menegaskan bahawa perpaduan negara Asean kekal kukuh dan 10 negara anggota kumpulan negara Asia Tenggara benar-benar komited untuk membantu Malaysia dalam menyelaraskan operasi besar-besaran SAR bagi mengesan MH370.

"Kami penuh berazam untuk mencari penyelesaian kepada bab tragis dalam sejarah penerbangan," kata mereka dalam satu kenyataan bersama mengenai MH370 yang dikeluarkan di sini, tempat mereka berkumpul untuk Forum Pertahanan Amerika Syarikat-Asean yang diusahakan oleh Setiausaha Pertahanan AS Chuck Hagel.

Malaysia diwakili Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Menteri-menteri pertahanan Asean mengakui bahawa penyertaan negara anggota dalam operasi mencari sama ada secara langsung atau tidak langsung sejak pesawat Boeing 777-ER200 yang membawa bersama 239 orang anak kapal hilang pada 8 Mac.

"Dari Laut China Selatan, Laut Andaman dan kini ke Lautan Hindi, Asean terus membantu dalam setiap cara yang mungkin atas semangat kerjasama serantau dan persahabatan, tanpa ragu-ragu dalam perkongsian maklumat, aset dan kepakaran," kata mereka.

Asean terdiri daripada Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Menteri-menteri itu mengambil peluang untuk mengukuhkan lagi komitmen mereka untuk kerjasama yang lebih besar antara negara-negara anggota terutamanya dalam bidang pengurusan bencana di bawah rangka kerja Perjanjian Asean mengenai Pengurusan Bencana dan Tindak Balas Kecemasan.

"Kejadian ini menekanan kepada kita, betapa pentingnya untuk berkongsi maklumat dan sumber sambil kita berusaha untuk berada dalam keadaan bersiap siaga dalam menghadapi potensi malapetaka dan risiko," kata mereka.

Melahirkan rasa simpati mereka kepada anggota keluarga penumpang dan anak-anak kapal penerbangan MH370, mereka berkata: "Ingatan dan doa kami kekal bersama keluarga dalam waktu-waktu yang sukar ini."

Pesawat Malaysia menuju ke Beijing itu hilang pada 8 Mac di Laut China Selatan setelah sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Operasi membabitkan pelbagai negara bagi mencari MH370 itu bermula di Laut China Selatan dan Selat Melaka sebelum dilakukan di koridor utara yang menjangkau dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand dan koridor selatan meliputi dari Indonesia sehingga ke selatan Lautan Hindi.

Kini operasi diteruskan di barat Perth, Australia.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan