Dua Terkorban Kapal Kargo Karam Di Perairan Korea Selatan

Diterbitkan: Jumaat, 4 April 2014 11:35 AM

Anak kapal dari Korea Utara diselamatkan pasukan mencari dan menyelamat dari Korea Selatan dalam kejadian kapal karam di perairan Korea Selatan.

(Ubah saiz teks)

SEOUL: Unit pengawal pantai Korea Selatan pada Jumaat menjalankan usaha mencari mangsa yang terselamat selepas kapal kargo dengan 16 anak kapal Korea Utara tenggelam.

Kemalangan itu setakat ini mengakibatkan kehilangan sekurang-kurangnya dua nyawa.

Seorang jurucakap pengawal pantai memberitahu AFP bahawa mayat dua kelasi Korea Utara telah dijumpai dan tiga krew lain telah diselamatkan, dengan 11 yang lain masih hilang.

Kapal seberat 4,300 tan itu menghantar panggilan kecemasan sejurus selepas pukul 1 pagi (1400 GMT Khamis ) dari perairan antarabangsa di luar Korea Selatan.


Kapal berkenaan yang membawa muatan bijih besi dan serbuk tembaga, sedang belayar dari Korea Utara ke China melalui jalan laut yang kerap digunakan oleh kapal kargo Korea Utara.

Lebih 10 kapal pengawal pantai, dengan bantuan helikopter dan kapal-kapal kargo awam telah mengambil bahagian dalam usaha mencari mangsa kata jurucakap pengawal pantai itu.

Tiga kelasi yang diselamatkan dibawa ke sebuah hospital di pulau peranginan selatan Jeju.

"Operasi kami telah dihalang oleh angin kencang dan ombak besar," kata Kim Sang- Bae , ketua pengawal pantai di Yeosu pada sidang berita televisyen.

Sebuah helikopter pengawal pantai menemui seorang pelaut yang masih hidup hanyut di laut kira-kira tiga jam selepas panggilan kecemasan dibuat.

Dua lagi anak kapal diselamatkan kemudian.

Pegawai-pegawai berkata, pengawal pantai Jepun telah diminta untuk menyertai operasi itu.

Mereka akan menyoal mangsa yang terselamat untuk mengenal pasti punca kemalangan.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan