Gempa Kuat Berhampiran Pantai Chile Utara

Diterbitkan: Jumaat, 4 April 2014 1:24 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gempa bumi berukuran 6.2 pada skala Richter berlaku berhampiran pantai Chile utara pada pukul 9.37 pagi Jumaat, demikian menurut Jabatan Metereologi Malaysia.

Pusat gempa terletak 20.4 darjah selatan latitud dan 70.6 darjah barat longtitud, kira-kira 47km barat daya Iquique, Chile dan 17,815km barat daya Pontian, Johor.

Gempa tidak mendatangkan ancaman tsunami.
Tags / Kata Kunci: Chile , gempa bumi

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan