Empat Mati Ditembak Di Pangkalan Tentera AS Fort Hood

Diterbitkan: Khamis, 3 April 2014 3:38 PM

Komander Pangkalan Leftenan Jeneral Mark Milley ketika mengadakan sidang media di luar pangkalan tentera.

(Ubah saiz teks)

LOS ANGELES: Seorang askar yang dikaitkan dengan 'isu-isu kesihatan mental' pada Rabu membunuh tiga orang dan mencederakan 16 yang lain sebelum mengacukan pistol dan menembak diri sendiri dalam kejadian di pangkalan tentera Amerika Syarikat, Fort Hood, yang turut terlibat dalam kejadian amuk pada 2009.

Komander Pangkalan Leftenan Jeneral Mark Milley berkata lelaki bersenjata itu yang berkhidmat di Iraq pada tahun 2011 sedang dirawat kerana menghadapi tekanan dan kebimbangan, dan sedang diperiksa bagi kemungkinan menghidapi gangguan stres pascatrauma (PTSD).

Semua yang mati dan cedera adalah anggota tentera.

Sekurang-kurangnya empat daripada mereka yang cedera dimasukkan ke hospital berada dalam keadaan kritikal.

"Pada masa ini, tidak ada sebarang petunjuk bahawa kejadian ini berkaitan dengan keganasan walaupun kami tidak menolak sebarang kemungkinan, " kata Milley kepada pemberita di luar pangkalan tentera AS di Texas.

"Kita tidak tahu motif. Kita tahu bahawa askar ini mempunyai... isu-isu kesihatan mental, dan sedang dirawat untuk itu."

Lelaki bersenjata itu yang tidak dapat dikenal pasti menggunakan pistol separa automatik .45 yang dibelinya baru-baru ini dan dipercayai diseludup ke pangkalan.

Dia melepaskan tembakan di dalam sebuah bangunan perubatan, dan kemudian pergi ke bangunan yang lain.

Penyerang menembak dirinya sendiri di kepala apabila dia bertembung dengan polis bersenjata tentera wanita di tempat letak kereta, kata Milley.
Tags / Kata Kunci: Texas , Fort Hood

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan