Susilo Perkenal 11 Janji Baharu Parti Demokrat

Diterbitkan: Khamis, 3 April 2014 10:25 PM

SUSILO

Susilo ketika berucap pada kempennya menjelang Pemilihan Umum (Pemilu) 2014, di Jakarta, Khamis. Foto AFP

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Ketua Umum Parti Demokrat, Susilo Bambang Yudhoyono pada Khamis, memaparkan visi dan misi serta 11 janji baharu parti berkenaan jika kembali memerintah Indonesia.

"Saya sampaikan visi dan misi dalam lima tahun akan datang dan ini bukan sekadar cakap sahaja," kata Susilo yang juga Presiden Indonesia dalam kempennya selama hampir satu jam menjelang Pemilihan Umum (Pemilu) 2014, di sini.

Dalam tempoh lima tahun akan datang, Susilo berkata parti Demokrat memiliki visi dan misi agar ekonomi Indonesia lebih teguh, kesejahteraan rakyat terus meningkat di samping usaha membanteras rasuah diteruskan. 

Selain itu, beliau berkata parti itu mahu iklim politik Indonesia stabil dan demokrasi semakin matang serta menjadikan pihak berkuasa keselamatan semakin kuat agar kedaulatan dan keutuhan negara boleh dipelihara.

"Peranan Indonesia di peringkat antarabangsa terus meningkat. Alhamdulillah, Indonesia menjadi kuasa serantau dan pemain global. Kenapa? Indonesia negara terkuat ekonominya di Asean. Alhamdulillah, kita anggota G-20, Apec dan PBB," katanya.

Bagi mencapai visi Demokrat pada masa depan, Presiden Indonesia itu berkata, parti berkenaan tidak akan 'main-main'.

Parti Demokrat menetapkan 11 sasaran khusus, antaranya membasmi kemiskinan, pendidikan, kesihatan, keperluan asas, memodenkan pihak berkuasa keselamatan, kesejahteraan pegawai dan guru, infrastruktur, pelaburan dan pembanterasan rasuah.

Di seluruh sektor tersebut, Susilo berjanji akan meningkatkan peruntukan sehingga mencapai ribuan triliun rupiah.

"Ini semua bukan ilusi juga bukan wacana. Saya ajak, mari terus kita ubah dan bangunkan negara ke arah yang lebih baik," kata Presiden Indonesia itu.


iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan