Askar Yang Alami Masalah Mental Amuk Bunuh Tiga Orang Termasuk Dirinya

Diterbitkan: Khamis, 3 April 2014 12:27 PM

Let.Jen. Mark Milley, Panglima Ketumbukan Ketiga, Tentera Amerika Syarikat Memberi taklimat kepada media berhubung insiden yang berlaku di Pangkalan Tentera Fort Hood di mana seorang tentera yang sedang dalam rawatan saikologi telah mengamuk dan membunuh tiga yang lain termasuk dirinya sendiri pada Rabu, 3 April 2014.

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Empat orang telah disahkan terbunuh dalam satu insiden di mana seorang askar veteran yang pernah bertugas di Iraq dan kini sedang mendapatkan rawatan sakit mental di Hospital Pangkalan Tentera Amerika Syarikat Fort Hood mengamuk pada Rabu.

Askar yang dikatakan mengamuk itu turut membunuh dirinya selepas itu.

"Insiden ini tiada kaitan dengan pengganas tetapi masalah dalaman yang sedang dihadapi oleh salah seorang pesakit," kata Leftenan Jeneral Mark Milley kepada para pemberita.

Menurutnya, 16 lagi mangsa dilaporkan tercedera dalam insiden tersebut.

Kata Jeneral Milley lagi, askar yang mengamuk itu pernah ditugaskan ke Iraq pada 2011, kini sedang menjalani rawatan kerana depresi dan keterujaan yang melampau dan disyaki sedang mengalami Post-Traumatic Stress Disorder (PTSD).

Katanya, kesemua yang terkorban itu adalah anggota tentera pangkalan berkenaan.

"Kami masih belum mengetahui motifnya bertindak demikian tetapi kami tahu yang tentera ini sedang dalam rawatan kerana masalah depresi," kata jeneral itu lagi.

Askar yang mengamuk itu berusia 34 tahun menggunakan pistol semi automatik .45-kaliber ketika dia mengamuk.

Pistol tersebut disahkan bukan milik tentera tetapi dibeli dari luar dan diseludup masuk ke kem.

Dia mula mengamuk di unit perubatan pangkalan itu kemudian berjaya merampas sebuah kenderaan lalu bergerak ke sebuah bangunan lain sambil melepaskan tembakan rambang.

Askar itu kemudiannya melepaskan tembakan ke arah kepalanya sendiri apabila dia dikepung di tempat meletak kenderaan oleh polis tentera.

Insiden amuk ini bukanlah kali pertama berlaku di Fort Hood.

Pada November 2009 kejadian yang sama berlaku di kem berkenaan apabila seorang askar Amerika berpangkat major dan beragama Islam, Nidal Hasan melepaskan tembakan dan mengorbankan 13 orang dan mencederakan lebih 30 yang lain.

Hasan, yang berjaya ditembak dalam kejadian itu tetapi tidak mati telah pun dihukum mati tahun lalu.Dia kini menunggu saat hukuman ke atasnya dijalankan.

Hasan juga dikatakan sedang alami masalah depresi ketika kejadian itu berlaku.

Fort Hood adalah pangkalan tentera terbesar di AS berkeluasan 900 kilometer persegi dengan jumlah staf serta kakitangan melebihi 70,000 orang termasuk 42,000 kakitangan tentera sahaja.

Antara unit yang berpangkalan di situ ialah Divisyen Pertama Kavalri dengan kekuatan 17,000 anggota.

Tags / Kata Kunci: Fort Hood , AS

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan