Penunjuk Perasaan Diserang, Seorang Maut

Diterbitkan: Rabu, 2 April 2014 10:50 AM

Penunjuk perasaan yang terkorban dalam serangan oleh kumpulan bersenjata di Bangkok pada Selasa.

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Konflik politik Thailand meragut korban pada Selasa apabila seorang penunjuk perasaan antikerajaan terbunuh dan empat lagi cedera apabila kumpulan bersenjata melepaskan tembakan ke arah kenderaan dinaiki mereka untuk kembali ke kawasan bantahan di tengah Bangkok.

Wasan Kumwong, 52, anggota Rangkaian Pelajar dan Rakyat bagi Reformasi Thailand (NSPRT) meninggal dunia di hospital sementara empat lagi cedera selepas sekumpulan lelaki bersenjata tidak dikenali menyerang hendap kenderaan mereka di Lebuhraya Chaeng Wattana.

Menurut Pusat Perkhidmatan Perubatan Kecemasan Erawan Pentadbiran Metropolitan Bangkok (EMS), mereka yang cedera terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita.

Insiden terbaharu yang berlaku pukul 2.30 petang waktu tempatan menjadikan jumlah mereka yang terbunuh dalam konflik politik yang berlarutan sejak November meningkat kepada 24 orang.

Mereka adalah antara penunjuk perasaan yang kembali ke tapak bantahan di Rumah Kerajaan selepas berarak ke Kompleks Kerajaan di Chaeng Wattana yang diketuai pemimpin Jawatankuasa Reformasi Demokratik Rakyat (PDRC) Suthep Thaugsuban.

Kumpulan penunjuk persaan antikerajaan mempunyai kawasan bantahan di Chaeng Wattana yang diketuai sami Buddha, Bhudda Issara.

Keadaan di Bangkok terus bergolak dan tidak stabil apabila penunjuk perasaan antikerajaan meneruskan bantahan di jalan-jalan raya di metropolitan Bangkok.

Pada masa yang sama, kumpulan baju merah prokerajaan berikrar untuk mengadakan perhimpunan pada Jumaat bagi menyuarakan sokongan kepada kerajaan Yingluck Shinawatra.

Yingluck menghadapi kemungkinan didakwa Suruhanjaya Antikerajaan Kebangsaan kerana dituduh cuai dalam menjalankan tugas bersabit dengan skim subsidi beras.


Tags / Kata Kunci: Bangkok , Yingluck

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan