AS Dipercayai Bebaskan Perisik Israel Jonathan Pollard

Diterbitkan: Rabu, 2 April 2014 6:27 PM

Perisik Israel Jonathan Pollard

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Perisik Israel, Jonathan Pollard yang kini sedang menjalani dihukum penjara seumur hidup di penjara Amerika Syarikat (AS) dikatakan telah dibebaskan sebagai sebahagian daripada pertukaran dengan pembebasan tahanan Arab oleh Israel.

Yang anehnya, sebelum ini, Israel sentiasa mahukan Pollard sebagai pertukaran tetapi cadangan itu tidak berhasil kerana ditentang oleh Agensi Perisikan Pusat atau CIA.

Pollard, yang dilahirkan di AS kini dikatakan berusia 59 tahun dan sedang sakit tenat.

Dia ditahan di sini pada November 1985 dan selepas perbicaraan telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

Israel memberinya kerakyatan penuh pada 1995.

Agensi berita AFP memetik sumber-sumber sebagai berkata yang Pollard telah dibebaskan 31 Mac baru-baru ini bagi membuka laluan kepada Israel untuk membebaskan 26 tahanan Palestin sebagai sebahagian daripada proses pelan perdamaian di Timur Tengah.

Pada 1998 Israel cuba berunding dengan Presiden Bill Clinton untuk pembebasan Pollard tetapi rancangan itu tergendala selepas Pengarah CIA, George Tenet mengugut untuk meletakkan jawatan jika ia diteruskan.

Dan hanya setahun yang lalu, Presiden Barack Obama menegaskan yang kerajaan AS tidak berhasrat untuk membebaskan Pollard sebagai tukar ganti di atas jenayah serius yang pernah dilakukannya dulu.

Sebelum rahsianya terbongkar, Pollard adalah juru analisis perisikan Tentera Laut AS dan merupakan graduan Universiti Stanford yang terkenal itu.

Pollard telah didapati menyalurkan beribu fail sulit mengenai aktiviti ketenteraan dan perisikan AS di dunia Arab kepada Israel antara Mei 1984 sehinggalah penangkapan 18 bulan kemudian.

Dia dilaporkan menerima laba sebanyak AS$50,000 dan tambahan AS$300,000 lagi untuk kerja-kerja perisikan yang dilakukannya bagi pihak Israel.

Ketika disiasat, Pollard mendedahkan yang dia telah diminta supaya mencuri maklumat mengenai program nuklear negara-negara Arab dan juga senjata canggih yang dimiliki oleh dunia Arab.

Adalah dipercayai, serangan Israel ke atas Ibu Pejabat Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) di Tunis pada Oktober 1985 yang membawa kepada kematian 60 orang pegawai Palestin dan orang awam dirancang hasil daripada maklumat yang diperolehi daripada Pollard.

Hasil perisikannya juga membawa kepada pembunuhan Timbalan Pengerusi PLO, Khalil al-Wazir atau lebih dikenali dengan nama Abu Jihad, pada 1988 oleh ejen-ejen Israel.

Malah majalah The New Yorker pada Januari 1999 pernah melaporkan yang Pollard juga bertanggungjawab menyerahkan maklumat-maklumat sulit mengenai pelan serangan AS ke atas Kesatuan Soviet dari tangan agensi perisikan AS.

Maklumat itu kemudiannya berjaya sampai ke Moscow sebagai pertukaran kepada penghijrahan masyarakat Yahudi ke Israel termasuklah para saintis nuklear Rusia berketurunan Yahudi.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan