Kesilapan Juruterbang Mungkin Punca Kemalangan Pesawat Asiana Airlines Tahun Lalu

Diterbitkan: Selasa, 1 April 2014 4:25 PM

Keadaan pesawat Asiana Airlines yang melakukan pendaratan cemas dan tersasar dari landasan pada Julai 2013.

(Ubah saiz teks)

SEOUL: Syarikat penerbangan Korea Selatan, Asiana Airlines pada Selasa mengakui buat kali pertama bahawa kesilapan juruterbang berkemungkinan menjadi punca kemalangan pesawat itu di San Francisco tahun lepas yang menyebabkan tiga kematian.

Walau bagaimanapun, dalam satu kenyataan akhbar, syarikat penerbangan itu turut menyatakan faktor penyumbang lain termasuk isu-isu teknikal dalam sistem pemanduan automatik pesawat.

Pesawat Asiana Airlines dari Seoul ke San Francisco itu melakukan pendaratan cemas pada 6 Julai lalu sebelum tergelincir di landasan, merempuh tembok laut dan terbakar.

"Kemungkinan punca kemalangan ini adalah kerana kegagalan anak-anak kapal penerbangan untuk memantau dan mengekalkan kelajuan minimum selamat di udara pada saat-saat akhir," menurut kenyataan Asiana.

Ini menyebabkan pesawat itu tersasar dari landasan dan merempuh tembok laut.

Tiga orang terbunuh dan hampir 200 cedera dalam kemalangan itu.

Kenyataan itu menambah krew kokpit telah dikelirukan oleh sistem automatik Boeing 777- 200ER itu yang 'tidak konsisten' yang membawa mereka mempercayai bahawa sistem pemanduan automatik kekal dengan kelajuan di udara yang telah ditetapkan.

Asiana berkata kesimpulan mengenai kemalangan itu telah diserahkan kepada Lembaga Keselamatan Pengangkutan Amerika Syarikat (NTSB ) pada 17 Mac lalu yang mengetuai siasatan.

NTSB menegaskan autopilot hanya memainkan peranan sebagai pelengkap dan juruterbang perlu memantau peralatan mereka dan memberi perhatian kepada persekitaran untuk mencegah kemalangan.

Lembaga itu telah berkata autopilot dimatikan kira-kira tiga batu (4.8kilometer) dan kelajuan udara merosot serendah 103 knot (191 kilometer sejam), atau 34 knot kelajuan di bawah kelajuan ideal.


Asiana mempertahankan dua juruterbangnya, Lee Kang- Kuk Lee dan Lee Jung -Min dengan berkata mereka adalah juruterbang 'berwibawa' yang telah terbang berpuluh-puluh kali ke dan dari San Francisco.
Tags / Kata Kunci: Asiana Airlines , Seoul , San Francisco

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan