PM Rusia Lawat Crimea & Janji Jadikan Ia Zon Khas Ekonomi

Diterbitkan: Isnin, 31 Mac 2014 6:51 PM

PM Rusia, Dmitry Medvedev beramah mesra dengan pelajar-pelajar sebuah sekolah seni di Simferopol, Semenanjung Crimea pada Isnin, 31 Mac 2014 ketika melakukan kunjungan rasmi yang pertama ke wilayah baru Rusia itu sejak ia bergabung dengan Rusia kira-kira dua minggu yang lalu.

(Ubah saiz teks)

SIMFEROPOL (Crimea): Perdana Menteri Rusia, Dmitry Medvedev pada Isnin menjadi pemimpin Rusia yang pertama untuk melawat wilayah kontroversi itu sejak ia bercantum dengan Rusia dan berpisah dengan Ukraine.

Medvedev dengan segera berjanji akan menyalurkan bantuan ekonomi kepada Crimea untuk menjadikannya sebuah wilayah yang makmur.

Bekas presiden Rusia itu telah berkunjung ke sekitar bandar utama ini bersama-sama anggota kabinetnya termasuk timbalan perdana menteri dan selepas itu berkunjung ke pangkalan utama Tentera Laut Rusia di Laut Hitam yang terletak di bandar pelabuhan  Sevastopol.

Antara lain Medvedev yang juga orang kepercayaan dan kanan Presiden Vladimir Putin turut berjanji akan menaikkan gaji kakitangan kerajaan tempatan dan juga pencen serta akan meningkatkan taraf hospital yang menurutnya telah ketinggalan zaman.

Medvedev juga mengumumkan yang Crimea akan turut menikmati taraf "zon ekonomi khas", yang dibentuk khusus untuk menarik kedatangan pelabur asing.

"Sebagai balasan kerana mengundi untuk bercantum dengan Rusia, tidak ada seorang pun warga Crimea, tidak ada seorang pun warga Sevastopol akan kehilangan apa-apa tetapi sebaliknya mereka akan memperolehi faedah," jelas Medvedev dalam satu sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat khas kabinet di Crimea.

Sidang kabinet itu turut dihadiri Perdana Menteri Crimea, Sergei Aksyonov, yang disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen rasmi Rusia.

Medvedev berkata, jemaah menteri membuat keputusan untuk berkunjung ke Crimea khusus untuk menilai situasi semasa di sini sejak semenanjung itu membuat keputusan untuk menyertai Rusia dalam satu referendum dua minggu yang lalu.

"Kami berpendapat ini adalah apa yang dikehendaki oleh rakyat iaitu untuk memastikan situasi terkawal, kehidupan yang sejahtera dan keyakinan untuk melangkah hari esok dan yang lebih penting ialah perasaan untuk merasai yang mereka adalah sebahagian daripada sebuah negara yang kuat," kata Medvedev sebagai jaminan yang wilayah itu akan dilindungi walaupun mereka berhadapan dengan sekatan ekonomi dari seluruh Eropah dan dunia akibat keputusan mereka untuk berpisah dengan Ukraine.

Tanggungjawab ini menurut beliau adalah tanggungjawab bersama.

Tags / Kata Kunci: Dmitry Medvedev , Crimea , Rusia

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan